Saturday, July 9, 2011

Bersih 2.0 mendapat liputan media dunia


Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar.

Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan.

Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters.

Himpunan Bersih 2.o juga disambut di seluruh dunia. Gambar-gambar mengenainya boleh dilayari di SINI

1 comment:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Polis dituduh mengucar-kacirkan KL yang mendapat liputan media dunia.

Pembangkang memang baik. Mereka ini puak yang merasakan diri mereka semuanya betul.

Peliknya kalau ada masalah fitnah dan jenayah yang terkena diri sendiri, polislah tempat mengadu hal.

Semua orang tahu polis adalah agensi kerajaan.

Kalau rumah Ajijoi dimasuki pengganas macam Bersih 2, janganlah buat aduan kepada polis.

Carilah Bersih 2 kerana di situlah tempat mengadu.

Tidak malukah orang yang kena tahan dalam Bersih 2 ini diberi makan dan minum yang diusahakan oleh pihak polis dengan menggunakan wang rakyat.

Geng inilah dahulu yang menggelar polis sebagai anjing kerajaan dan macam2 lagi.

Rupa2nya mereka yang dikatakan ANJING KERAJAAN adalah lebih baik daripada ANJING PEMBANGKANG sebab anjing pembangkang umpama melepaskan anjing tersepit.

Berapa ramaikah peserta Bersih 2 ini yang termakan budi kerajaan termasuk Anwar tetapi membalas budi dengan tuba.

Sekarang Bersih 2 telahpun dibersihkan tapi KEKOTORANNYA masih melekat di hati mereka.

Baiknya kerajaan BN sampai mereka yang membuat onar pun kepada negara boleh diberi makan dan minum sebagai BONUS menyertai Bersih 2.

Tapi ada balas baik?

Jauh sekali.

Bagi puak ini kebaikan kerajaan BN hanya disimpan dalam hati itupun dah dikira masih belum baik perangainya.

Apa yang ditonjolkan selepas ini sudah tentunya KEBURUKAN walaupun satu berbanding seribu kebaikan yang diberi.

Dalam komen saya sebelum ini, sudah diketahui pembangkang sudah kehilangan banyak taring sejak PRU 2008.

Itulah sebab utama selain dari Bersih 1 tahun 2007 yang menyaksikan mereka mendapat bunga tahun 2008.

Pembangkang ingat mereka boleh mengulangi kejayaan Bersih 1.

Bersih 2 sudah menunjukkan pembangkang merasa tertekan dengan sokongan yang sedikit.

Walau apapun, pembangkang berada di pihak yang tertekan.

Lihatlah kebenarannya selepas ini.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...