Thursday, July 14, 2011

'Kedah haramkan pusat hiburan semasa Ramadan'

Kerajaan Kedah pimpinan PAS mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu mengentikan operasinya pada Ramadan ini.

Menurut harian berbahasa Cina Guang Ming, kerajaan negeri mengeluarkan arahan bertulis kepada semua pejabat daerah memaklumkan perkara itu.

MCA dilaporkan menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai perlanggaran hak asasi manusia dan hak dalam perlembagaan terhadap bukan Islam.

Ketua biro profesional muda MCA Chua Tee Yong berkata, pengharaman itu melibatkan 13 jenis pusat hiburan, termasuk panggung wayang, pusat snuker dan permainan video, karaoke, bowling dan pub.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Bagaimanapun, The Star, memetik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kiri) sebagai berkata, kafe siber, bowling dan pusat snuker tidak termasuk dalam larangan itu.

Azizan juga dilaporkan berkata, persembahan langsung penyanyi di bar, hotel, restoran, kedai makan dan tempat yang mudah diaskes oleh orang awam tidak dibenarkan.

Dilaporkan semua kedai makan Cina yang menyediakan makanan untuk pelanggan antarabangsa dibenarkan beroperasi seprti biasa, termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TV PAS

Loading...

Malaysiakini

Loading...

TV Selangor

Loading...

Media Rakyat

Loading...

Tuan Guru Nik Aziz: Rutin Pagi Jumaat

Loading...

Video Pilihan

Video ajijoi

Loading...

Malaysian News

Loading...

Jaringan Berita

Followers