Wednesday, July 6, 2011

Kerajaan tidak menghormati Agong, tetap haramkan Bersih 2.0

Hisham: BERSIH 2.0 masih haram

Walaupun telah mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram.

NONE"Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.

Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara.

Bercakap pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, Hishammuddin bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada BERSIH 2.0 akan diberikan permit untuk perhimpunan di stadium Sabtu ini.

Walaupun ditanya berulang kali, beliau tetap menegaskan bahawa KDN dan pihak polis konsisten dalam menegakkan undang-undang negara.

Katanya, sebelum keputusan dapat dibuat, BERSIH hendaklah memohon permit terlebih dahulu dan barulah perkara lain dapat dibincangkan.

azlan"IGP (ketua polis negara) sudah jelaskan. Semua urusan mesti ikut undang-undang. Seksyen 27 - (Akta Polis) sebut mesti ada permit.

"Biar mereka pohon. Polis akan pertimbangkan permohonan itu," katanya ketika ditanya sama ada permit polis tidak diperlukan kali ini.

Hishammuddin juga berharap pihak BERSIH tidak terus meletakkan syarat lain kepada pihak kerajaan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan akan berjalan seperti biasa.

"Saya percaya begitu. Ia masih haram dan masih jatuh (tertakluk) bawah undang-undang negara. Kita konsisten," katanya ketika ditanya sama ada tangkapan akan diteruskan jika perlu.

Beliau juga mengambil kesempatan mengingatkan supaya peserta perhimpunan pada 9 Julai ini tidak mengambil kesempatan untuk berarak.

"Kalau mereka tetap berarak, ini dikira derhaka kepada raja," katanya sambil menegaskan pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

2 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Fakta mengenai BERSIH yang tidak bersih seperti berikut:

a) Tidak berdaftar dengan ROS.
b) Memperlekehkan dan mempermainkan undang2 dan institusi raja dan negara.
c) Bertindak di sebalik NGO di belakangnya pembangkang.
d) Bertindak seolah2 merekalah yang mematuhi undang2.
e) Bagi mereka, kerajaan termasuk institusinya seperti SPR tidak mematuhi undang2 dan perlu mengikut telunjuk mereka.
f) BERSIH menganggap bahawa mereka mendapat sokongan rakyat jika jumlah peserta perhimpunan melebihi sasaran.
g) Kerajaan BN adalah kerajaan yang sah dipilih oleh majoriti rakyat tetapi mereka menganggap perhimpunan ini adalah kehendak rakyat padahal majoriti menolaknya.
h) Mendapat dana luar negara untuk tujuan yang boleh diketahui kebenaran dan tujuannya.
i) Sebarang kesalahan diletakkan kepada kerajaan BN yang sah dipilih rakyat.
j) Mereka tahu peluang untuk menawan Putrajaya semakin jauh.
k) Mereka tahu bahawa tidak semua tuntutan dapat dipenuhi disebabkan faktor2 undang2 dan budaya politik serta sejarah Malaysia.
l) Mereka tahu kelemahan pembangkang lantas menyalahkan kerajaan BN yang mempunyai kekuatan yang sukar ditandingi.
m) Pilihanraya yang tidak adil dan berat sebelah adalah alasan untuk membuat tuntutan dengan mengadakan perhimpunan.
n) Semua orang tahu bahawa BERSIH masih KOTOR tidak kira apa juga keadaannya ketika sebelum, semasa dan selepas perhimpunan.
o) Mereka ingin melihat dan mencabar sama ada kerajaan berani mengambil tindakan undang2 terhadap mereka.
p) Apabila kerajaan berani berbuat demikian, tindakan tersebut akan disusuli dengan aduan kepada pihak lain di dalam dan luar negara kononnya demokrasi telah mati di negara ini.
q) Cuba menyamai peristiwa politik yang berlaku di negara lain.

Sekian.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Samb.

r) Tidak bersedia untuk berunding dengan kerajaan yang diketahui tidak akan berlaku sebelum mengadakan perhimpunan.
s) Siapa yang mengetuai BERSIH sudah diketahui latar belakangnya.
t) BERSIH adalah alat pembangkang yang diketahui semakin lemah longlai.
u) Segala tuduhan bahawa pilihanraya yang tidak adil telah dijawab oleh kerajaan dan SPR namun itu bukanlah alasan untuk tidak mengadakan perhimpunan.
v) BERSIH merasakan perlu mengadakan perhimpunan untuk melihat sokongan rakyat.
w) BERSIH merasakan pilihanraya umum semakin hampir.
x) BERSIH merasakan tidak perlu memohon permit setelah menghadap YDPA di Istana Negara.
y) Mengalihkan pandangan rakyat setelah sokongan rakyat kepada PR semakin menurun.
z) Apa juga alasan dan bantahan sekalipun, perhimpunan BERSIH mesti diadakan di Stadium Merdeka bukannya di Stadium Shah Alam walaupun mendapat tawaran daripada Kerajaan Negeri Selangor yang juga negeri tawanan mereka.

Sekian.

Followers