Saturday, July 30, 2011

Gerakerja Webtv Pas Perak dilancarkan



AIR KUNING (30.7.11): Pelancaran Gerakerja Webtv Pas Perak telah diadakan di Markaz Air Kuning, Taiping petang tadi. Gerakerja yang menggabungkan Lajnah IT dan juga Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Perak ini menambahkan momentum dalam arus deras informasi maklumat masa kini.

Pas Perak telah melangkah setapak lagi dalam misi penyampaian maklumat kepada ahli-ahli dan juga khalayak ramai dengan penggunaan video secara online ini. Rakyat kini mahu dan dahagakan info yang tepat dan cepat, sekaligus mencabar keupayaan Pas Perak untuk menggapai seramai mungkin rakyat dengan berita-berita alternatif yang terkini.

Pihak IT Pas Pusat telah sudi meluangkan masa dan bersama-sama meraikan impian Pas Perak untuk mewujudkan webtv mereka sendiri. Sdr Shuhaimi Embong bersama teamnya, Ustaz Jamali dan Sdr Wan telah memberikan sedikit input serta tips-tips yang berkesan dan berguna di dalam menjayakan misi ini.

Biarpun cabaran yang dihadapi ini amat berat, namun Lajnah IT serta Lajnah Penerangan dan Dakwah telah berazam untuk menjayakan apa yang selama ini hanyalah impian sahaja.

Untuk tujuan itu, kesepakatan mereka telah bersetuju untuk menubuhkan webtv yang diberi nama 'YOPtv' sebagai singkatan kepada Your Online PAS Perak TV.

Nantikan kemunculan YOPtv sedikit masa lagi.

Peneraju utama didalam Lajnah IT dan Lajnah Penerangan dan Dakwah bersama team IT Pas Pusat

Ustaz Ahmad Nuri bersama Sdr Shuhaimi Embong

Ustaz Jamali memberikan taklimat mengenai webtv

Antara yang dijemput untuk bersama-sama menjayakan YOPtv

Muslimat juga tidak mahu ketinggalan

Taklimat yang diberikan agak ringkas tetapi padat

Sdr Shuhaimi menerangkan mengenai webtv Pas dan beberapa negeri yang telah berjaya


Ustaz Ahmad Nuri berharap YOPtv dapat dijalankan dengan seberapa segera

Banyak maklumat yang diberikan IT Pas Pusat kepada negeri untuk manfaat dikongsi bersama

Sdr Shuhaimi melancarkan gerakerja webtv Pas Perak, YOPtv


Sebagai penutup majlis, Ustaz Ahmad Nuri membacakan doa. Semoga gerakerja dalam mengendalikan webtv ini berjalan dengan lancar dan YOPtv menjadi saluran informasi yang berguna kepada ahli dan rakyat sekalian

No comments:

Followers