Thursday, July 7, 2011

Umno DERHAKA kepada Raja Melayu, sekali lagi!

Titah SPBD Agong tempoh hari agar kerajaan berbincang dengan penganjur Bersih 2.0 serta membenarkan agar perhimpunan tersebut diadakan didalam stadium, bagai tidak diendahkan oleh pimpinan Umno yang meneraju kerajaan.

Pihak penganjur dengan penuh rasa hormat akan titah Tuanku itu telah bertolak ansur dan mematuhi syarat-syarat yang disarankan. Tetapi sayangnya dipihak kerajaan pula masih menunjukkan kuasa bebal mereka yang langsung tidak menghiraukan titah Tuanku tersebut.

Bersih 2.0 masih dilabelkan haram oleh kerajaan. Bersih adalah satu kempen, bukan pertubuhan. Lebih teruk lagi, Bersih dikaitkan dan disamakan dengan komunis. Samalah juga seperti Umno menuduh Tuanku Agong bekerjasama dengan komunis apabila Tuanku mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Bersih Selasa lalu. Amat jelek tuduhan bekerjasama dengan komunis yang dipalitkan kepada instiusi Raja Melayu itu.

Rakyat merasa amat kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Campurtangan SPBD Agong didalam perkara ini telah meleraikan kusutan benang yang dilihat semakin mengetat apabila masih ditarik kuat oleh pihak kerajaan.

Sia-sia sahajalah usaha dipihak Tuanku tempohari demi kesejahteraan rakyat jelata apabila dipihak kerajaan masih berdegil dengan membelakangkan titah Tuanku tersebut.

Rakyat yang tidak buta hati pasti masih mengingati betapa Umno telah berkali-kali menderhakai Raja-raja Melayu. Dan episod terbaru dalam isu perhimpunan aman ini telah menambahkan lagi senarai, Umno DERHAKA kepada Raja-raja Melayu, sekali lagi!

2 comments:

otaklunyai said...

Apa??? DERHAKA !!!!! itu memang kerjaya dia... DULU KINI dan SELAMANYA... hidup utk mendrhaka dan memuaskan nafsu syaitan..

Longchepoh said...

Masa tu kamu ada di Istana Negara ke? Kamu dengor ke Tuanku suruh berbincang? Dasar otak hamPAS, sekarang baru nak lentok guna ayat seolah-olah sayang sangat dengan raja. Dulu masa Sultan Perak tak perkenan lantik pembangkang sebab dah hilang kerusi di dewan undangan Perak bukan main lagi kutuk sultan Perak. Ptuih.... PAS parti laknatullah..

Followers

Video ajijoi

Loading...