Sunday, July 24, 2011

Seminar Motivasi Kecemerlangan UPSR 2011 berjaya mencapai sasaran


IPOH (24.07.11) - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bakal menjelang tidak lama lagi. Selain persiapan para pelajar didalam mengulangkaji dan menelaah mata pelajaran yang diambil, minda mereka juga perlu dipersiapkan untuk menghadapi peperiksaan besar itu.

Bagi tujuan tersebut, pihak Pusat Khidmat Masyarakat (Pakatan Rakyat) Dun Sg Rapat telah mengambil inisiatif menganjurkan satu seminar motivasi bagi memastikan para pelajar disekitar Dun Sg Rapat cemerlang didalam peperiksaan mereka kelak.


Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah, Taman Desa Pelancongan, Lahat, yang juga memainkan peranan sebagai penganjur bersama, Seminar Motivasi Kecemerlangan UPSR 2011 yang dikendalikan oleh Saudara Radzi Bin Zainon, seorang motivator yang berpengalaman telah berjaya mencerahkan minda 120 orang pelajar yang hadir daripada sekolah-sekolah sekitar Dun Sg Rapat dengan pengisian-pengisian yang terarah kepada kecemerlangan didalam menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Dengan bantuan alat pandang-dengar serta kaedah-kaedah terkini yang berkesan, disulami pula ciri-ciri berbentuk Islami, terlihat kesan yang ketara kepada para pelajar yang hadir dari jam 8 pagi sehinggalah jam 1 tengahari tadi akan input-input yang penting di dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Keluarnya mereka daripada dewan seminar seusai motivasi tadi, disajikan dengan makan tengahari yang telah disediakan. Sebelum itu, mereka juga telah diberikan kuih-muih untuk kudapan waktu rehat.

Para pelajar mendaftar menerusi borang yang diedarkan sekitar sekolah rendah didalam Dun Sg Rapat

Para pelajar menyemak nama mereka didalam senarai daftar

Kaunter pendaftaran yang sibuk melayan para pelajar mendaftar sebelum memasuki dewan

Alat pandang-dengar digunakan untuk membantu penyampaian dengan lebih berkesan

Saudara Radzi Zainon mengendalikan seminar motivasi kecemerlangan UPSR

Pengalaman Sdr Radzi mengendalikan seminar, berjaya menarik sepenuh perhatian pelajar

Makan tengahari disediakan pihak Pusat Khidmat Masyarakat (Pakatan Rakyat) Dun Sg Rapat dengan bantuan Sekolah Rendah Agama Al-Falah

Para pelajar beratur mengambil makanan

Ada yang makan nasi, ada juga yang selesa dengan hanya kuih dan air minum

Ibu bapa berbual dengan Sdr Radzi Zainon. Rata-rata berpuas hati dengan kejayaan seminar motivasi hari ini.

Kejayaan seminar motivasi hari ini jelas kelihatan diwajah bukan sahaja para pelajar tetapi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dengan harapan sesuatu dapat disuntik sebagai semangat untuk mencapai kecemerlangan didalam peperiksaan UPSR nanti. Bagi pihak penganjur pula, semangat yang diberikan dengan sambutan hari ini akan memacu azam mereka untuk mengadakan siri seminar motivasi untuk peperiksaan PMR dan SPM pula dimasa akan datang.

Semoga seminar motivasi sebegini akan diteruskan demi masa depan anak-anak kita semua. Syabas buat pihak penganjur yang prihatin dengan pembelajaran para pelajar agar kecemerlangan milik mereka dimasa hadapan.

2 comments:

Amri Mat Saaid said...

salam

ajijoi

seorang motivasi yang berpengalaman

tukarkan kepada seorang motivator yang berpengalaman

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Bukankah UPSR ini merupakan buah fikiran Kerajaan Pusat yang diterajui BN?

Buat apa mengadakan seminar UPSR?

Dalam bab ini takkan hendak berhimpun juga macam perhimpunan Bersih tempoh hari.

Kenapa tidak boikot sahaja hal ini?

Penyokong PAS memang patut dicabar sebab dalam hal ini mereka berebut2mencari peluang pendidikan sedangkan semua ini diusahakan oleh kerajaan BN.

Sudahlah PAS bahawa bukan semua orang boleh engkau tipu.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...