Monday, July 11, 2011

Fear Gas polis penyelamat BN?


Perhimpunan aman Bersih 2.0 bermatlamat untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, telah dihalang dan diugut seawal-awalnya oleh pihak kerajaan dengan menggunakan pasukan keselamatan iaitu polis.

Kekuatan polis dikerah sehabis upaya agar perhimpunan itu tidak mengambil tempat. Segala undang-undang yang ada diselewengkan agar arahan 'pihak atasan' itu dipenuhi dan terlaksana walau dengan apa cara sekalipun.

Masih ramai rakyat Malaysia ini yang buta huruf. Buta huruf yang membawa maksud mereka tidak mendapat informasi dan maklumat yang tepat, bebas dan berwibawa selain daripada media perdana kawalan kerajaan.

Dengan mudah kerajaan melalui menterinya menyelewengkan fakta untuk disumbat kepada rakyat buta huruf yang menerima apa saja yang dilemparkan kerajaan kepada mereka tanpa banyak tanya mahupun usul periksa.

Bayangkan, bagaimana seorang Menteri Dalam Negeri boleh mengharamkan sebuah KEMPEN yang diberikan nama Bersih hanya dengan melabelkan ia sebagai sebuah PERTUBUHAN. Kempen Bersih gabungan 62 NGO berdaftar diharamkan walaupun ianya hanyalah satu kempen. Sekali lagi, Bersih adalah kempen, bukannya pertubuhan.

Penganjur Bersih telah menjanjikan perhimpunan mereka adalah aman. Hanya berjalan kaki untuk menyampaikan memorandum tuntutan kepada SPBD Agung. Sehingga pertemuan singkat antara Tuanku Agung dan juga wakil Bersih minggu lalu, sekali lagi kepastian diberikan pihak penganjur akan keamanan perjalanan nanti serta sikap bertolak ansur penganjur dengan menerima syarat yang diberikan kerajaan untuk berhimpun didalam stadium.

Sedari awal lagi, rakyat dapat melihat betapa pihak penganjur tetap dengan pendirian mereka untuk mengadakan perhimpunan secara aman. Hanya dipihak kerajaan BN sahaja yang berkeras untuk menggagalkan usaha itu. Kerana perhimpunan tersebut dilihat kerajaan sebagai menggugat bukan keselamatan negara tetapi keselamatan Umno dan BN itu sendiri untuk terus berkuasa.

Telah 53 tahun mereka selesa berkuasa dengan dimenangkan sistem pilihanraya kendalian SPR, terasa goyah dan tidak bermaya sekiranya padang permainan terpaksa diratakan.

Seluruh kekuatan dan stategi pihak polis dipergunakan oleh kerajaan BN untuk menggagalkan perhimpunan itu, namun kekuatan senjata mereka tidak dapat mengekang kekuatan semangat rakyat untuk menuntut keadilan. Biarpun seluruh kotaraya Kuala Lumpur ditutup rapat, namun puluhan ribu rakyat dari seluruh pelusuk negara berjaya masuk untuk sama-sama bersatu menyuarakan tuntutan hak membebaskan sistem pilhanraya dinegara ini daripada cengkaman kotor pemerintah.

Ternyata, dan seluruh dunia menyaksikannya betapa ratusan tembakan 'Fear Gas' kerajaan Umno dan Barisan Nasional gagal menghalang rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa bersatu menuntut pilihanraya yang adil dan BERSIH.

Rakyat kini hidup dizaman digital, tidak lagi dengan mudah ditakut-takutkan dengan ugutan dan ancaman. Sebaliknya, kerajaanlah yang perlu berasa takut kepada kuasa rakyat yang memegang tongkat sakti bila tiba masanya pilihanraya nanti.

No comments:

Followers