Wednesday, July 6, 2011

Bebaskan tahanan segera - Tuan Guru Haji Hadi Awang

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak kerajaan pimpinan UMNO-BN yang ada pada waktu ini agar tidak berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka, kononnya mereka sahajalah yang bertindak di atas matlamat menjaga keharmonian dalam negara kita ini. Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya. Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini. Tangkapan demi tangkapan yang terus menerus dilakukan ke atas penyokong himpunan Bersih yang memakai baju berwarna kuning menunjukkan kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu. Mereka semakin gelabah dengan kerosakan yang mereka lakukan terhadap negara, sehingga takut kepada bayang-bayang sendiri. Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa di tahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini.

.

Himpunan yang dibuat untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, disangka ianya himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi. Perlulah diingat, sememangnya sudah sekian lama kami berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, bukan lagi suatu yang rahsia. Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka.

.

Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya. Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi. Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru.

.

Kita mengingatkan kepada  Barisan Nasional, sebelum terlambat, sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan. Bebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng oleh mereka. Pulangkan hak memilih seadilnya kepada rakyat, dan PAS untuk menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS


1 comment:

misnona said...

Ana setuju dengan teguran Ust Hadi sebab pemimpin Umno ni tak serik-serik. Mereka rasa masih hebat memerintah, tetapi selama memerintah, Melayu kena tipu, KL ni siapa punya? Mana milik Melayu. Nah megah keris? Keris pun tak mampu buat. Memang tak layak pun sebab Melayu kaki fitnah, kaki liwat, kuat seks dan macam-macam sebagaimana yang digambarkan media Umno.

Followers

Video ajijoi

Loading...