Thursday, July 21, 2011

Bersih: PKR dakwa polis cuba bunuh Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai – PKR menuduh polis cuba membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Pemimpin parti itu berkata anggota pasukan keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata ke arah sebuah terowong di mana ketua pembangkang dan peserta Himpunan Bersih 2.0 berkumpul.

Mereka mendakwa polis telah menyasarkan tembakan gas pemedih mata untuk membunuh Anwar yang mana beliau dilindungi pegawai peribadinya sehingga mengalami kecederaan teruk di muka dan menghancurkan tulang pipi.

“Mereka (polis) menyasarkan tembakan itu ke arah kepala dan ia jika terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh,” kata naib presiden N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balas Polis Dang Wangi di sini.

Selain Surendran, turut menemani Fayyadh ialah Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan beberapa peguam PKR selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

Beliau berkata lima plat besi dimasukkan di tulang pipi selepas kejadian itu di mana hampir 12 kanister gas pemedih mata dilepaskan di dalam terowong dan tiga terkena di mukanya dan Ahli Parlimen Shah Alam yang cedera di kepala.

“Dengan jumlah gas pemedih mata yang dilepaskan ia boleh menyebabkan mereka yang berada dalam terowong itu tidak boleh bernafas dan boleh membawa maut jika tidak mampu melarikan diri,” tambah Surendran.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga mendakwa polis telah “bertindak ganas” ke atas peserta perhimpunan aman menuntut pilihan raya bersih dan adil, kata laporan Majlis Peguam yang mendakwa polis telah bertindak secara “rambang, sembarangan dan melampau” dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta.

Bagaimanapun semalam polis mengatakan pihaknya hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai.

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diteruskan walaupun tidak mendapat kebenaran daripada polis dan ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan itu yang menyaksikan lebih 1,600 ditahan, malah ramai yang cedera dan berlaku satu kematian.

Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini setuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia diadakan di stadium tetapi permohonan itu ditolak selepas meminta Stadium Merdeka.

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Sedarlah diri bahawa Anwar masih lagi HIDUP.

Ingatlah semasa isu arsenik, HIV dan Kedutaan Turki.

Semua tuduhan dilakukan ke atas BN dan kerajaan yang tidak henti2 sejak tahun 1998 lagi.

Namun Anwar masih hidup.

Mana ada dalam dunia ini melainkan di Malaysia ketua pembangkang boleh hidup lebih lama.

Kalau di negara selain Malaysia sudah lama masuk lubang kubur.

Itupun tidak dihargai lagi, dan lagi dan lagi.

Pembangkang diumpamakan sebagai seorang anak murid akan menyalahkan gurunya sekiranya mereka gagal dalam peperiksaan.

Sedangkan anak murid ini tidak mendengar nasihat POLIS supaya jangan berhimpun namun nasihat 'GURU DISIPLIN' itu tetap dilawan.

Apa maknanya semua ini melainkan BUGHAH seperti yang terdapat dalam HUKUM HUDUD tetapi bukan HUKUM HUDUD PAS.

Itu sahaja.

Sekian

Followers