Friday, July 8, 2011

Jom kongsi foto dan video

Ramai diantara peserta-peserta himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini yang memiliki telefon bimbit berkamera. Ada juga yang membawa kamera digital kompak ataupun DSLR mereka sendiri.

Saat-saat sejarah terukir nanti, pasti kita tidak mahu ianya berlalu begitu sahaja.

Rakamlah detik-detik emas mahupun cemas itu untuk kita kongsikan bersama seluruh warga Malaysia dan juga penduduk dunia, betapa zalimnya kerajaan BN sekarang ini yang menghalang satu tuntutan murni rakyat yang mendambakan pemulihan sistem pilihanraya agar adil lagi bersih.

Segala rakaman anda, baik dalam bentuk gambar mahupun video, bolehlah di emailkan (jijoi_8@yahoo.com) kepada blog saya ini untuk tatapan semua.

Ataupun, jika anda uploadkan gambar-gambar tersebut didalam facebook anda, jangan lupa untuk tag kepada saya, Azizul Nizam agar dapat saya download dan muatkan keruangan blog ini.

Jom kongsi foto-foto dan video himpunan Bersih 2.0

No comments:

Followers