Monday, July 11, 2011

Belia buta politik tambahkan hayat BN

Salah satu daripada talian hayat buat kerajaan BN adalah apabila rakyatnya buta politik. Lebih memburukkan lagi senario ini apabila golongan belia dan remaja yang bakal mewarisi kepimpinan negara langsung tidak berminat dengan politik dalam negara. Politik itu kotor, jawapan biasa yang diberi apabila ditanya.

Didikan pihak kerajaan melalui media kawalan mereka membuatkan para belia menjauhkan diri daripada tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengabaikan isu-isu politik. Mereka dikhayalkan dengan hiburan melampau, dunia glamour dan popular serta segala keseronokan diusia remaja.

Kerana sejarah telah membuktikan, belialah yang menjadi pemangkin kepada penentangan kepada penindasan rakyat. Lebih ramai belia yang buta politik, lebih senang kerajaan BN memerah keringat rakyat untuk terus hidup selesa berkuasa.

75 peratus belia Muslim Malaysia tiada minat politik

BANGI, 11 Julai — Kira-kira 75 peratus golongan belia Muslim negara ini tiada atau kurang minat dalam politik dengan 66 peratus belum mendaftar sebagai pengundi, demikian menurut kajian terbaru diumumkan Merdeka Center hari ini.

“Menjauhkan diri daripada politik boleh dirumuskan dengan sikap mereka tidak menunaikan hak mengundi mereka.

“Di kalangan mereka yang layak, sehingga 66.3 peratus belum mendaftartkan diri mereka sebagai pengundi,” kata penemuan kajian bertemakan “Nilai, Impian dan Ideal: Belia Muslim di Asia Tenggara” dikendalikan bersama oleh Merdeka Center, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Goethe Institut Malaysia dan Friedrich Naumann Foundation for Freedom di sebelah Malaysia dan juga penyertaan Lembaga Survei Indonesia di republik itu.

Hasil kajian diumumkan di kampus induk UKM di sini pagi ini.

Dalam pada itu 20 peratus lagi tidak pernah mengundi meskipun sudah mendaftar sebagai pemilih yang sah.

“Di mana, kaum wanita lebih sedar (tentang hak mereka) untuk mengundi berbanding lelaki, golongan pekerja, pengurus, pekerja bukan pejabat dan mereka yang tidak bekerja kurang berminat untuk mendaftarkan diri untuk mengundi,” kata laporan hasil kajian itu.

Daripada seramai 1,060 responden yang ditemui 31.9 peratus berusia antara 15 hingga 17 tahun, 12.6 peratus (18 hingga 19 tahun), 30.3 peratus (20 hingga 22 tahun) dan 25.2 peratus berusia 23 hingga 25 tahun.

Laporan kajian itu juga berkata soal ketidakhadiran politik di kalangan belia di peringkat pusat pengajian tinggi kemungkinan disebabkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang penyertaan aktif mahasiswa dalam aktiviti politik.

“Pelajar boleh menyertai Kesatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Muslim Malaysia yang mengadakan kelas-kelas motivasi dan tuisyen bagi pelajar atau secara individu boleh menganggotai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang membantu pelajar-pelajar Melayu meneruskan kecemerlangan akademik.

“Bagaimanapun persatuan-pesatuan pelajar ini tidak boleh menganggotai mana-mana salah satu pertubuhan ini,” katanya.

Kata laporan itu lagi, tindakan kerajaan menghalang pelajar-pelajar menyertai aktif dalam politik sudah pasti mengalih minat golongan itu dalam politik kecuali mereka yang benar-benar berminat mengenai demokrasi dan keadilan.

Di samping itu, kata laporan kajian terbaru ini, kebanyakan belia Muslim percaya bahawa “seorang pemimpin yang kuat seharusnya membawa “keamanan kepada negara”

Perkara itu dinyatakan oleh 73 peratus responden, bahawa rakyat “ada kuasa untuk mengubah kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya lagi.

“Seramai 71.4 peratus responden merasakan bahawa satu demokrasi yang baik memerlukan parti-parti politik.

“Lebih daripada dua pertiga yakin bahawa wanita juga boleh menjadi pemimpin baik negara ini,” katanya lagi.

-themalaysianinsider

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...