Monday, July 4, 2011

Bersih boleh jika distadium, kata Najib. Persoalannya, muat dan selamatkah?

Cukup ke stadium nak menampung kebanjiran orang ramai yang dah tak sabar nak berhimpun untuk kempen Bersih 2.0 nanti? Selamatkah jika terkepung didalamnya?

Stadium Bukit Jalil hanya mampu menampung 100,000 orang sahaja berbanding dengan lebih 500,000 yang telah bersedia untuk turun berhimpun.

Kalau hanya peserta Bersih yang memenuhi stadium, mungkin keamanan dan tiada kejadian yang tak diingini dapat dijanji serta direalisasikan. 

Tetapi bagaimana pula jika terdapat puak-puak Patriot dan Perkasa yang memang sejak awal-awal lagi beriya- iya ingin menggagalkan perhimpunan Bersih dan menimbulkan provokasi pada hari tersebut.

Ternyata saranan pihak penganjur Bersih 2.0 agar pihak Polis memainkan peranan mereka secara saksama dan professional, menetapkan laluan yang sesuai serta mengawal keadaan tanpa memilih warna dan dari pihak mana, pasti perhimpunan aman yang dijanjikan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia menentang ketidakadilan dan pilihanraya yang bersih mencapai sasarannya. 

Penganjur telah menjanjikan AMAN, tetapi sehingga ke hari ini, pihak lain pula yang tidak berasa aman. 

Mengapa ketidakadilan perlu dipertahankan? Negara kita perlukan BERSIH.

Najib: Kami sedia benarkan Himpunan Bersih di stadium

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk membenarkan Himpunan Bersih 2.0 jika ia diadakan di stadium.

"Ini satu peringatan sebelum terlambat. Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya, mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

"Kami bersedia menyediakan mereka satu stadium bagi mereka untuk berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes. Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam. Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara," kata beliau.

No comments:

Followers