Tuesday, July 26, 2011

Bersih 2.0: Mat Sabu kekal pertahan pendirian, tikai kenyataan polis

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Mohamad Sabu mendakwa polis terus mengelirukan orang ramai sambil menegaskan motosikal yang diboncengnya ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu secara sengaja telah dirempuh oleh kereta polis Proton Waja dan bukannya Mitsubishi Pajero.

Polis mengeluarkan klip video berkaitan isu itu Khamis lalu.

Timbalan Presiden PAS (gambar) ini berkata, dalam laporan polis dibuat pada 14 Julai lalu, yang diedarkan kepada media hari ini, beliau mengatakan bahawa Proton Waja yang merempuh motosikal diinaikinya dan menyebabkan kecederaan dan kemudian ditahan polis yang membawanya ke Mitsubishi Pajero.

"Kami kecewa dengan (kenyataan) Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, yang digunakan sebagai alat Umno dan Barisan Nasional dengan berbohong dan mendakwa keadaan saya sebagai palsu," kata beliau sambil menambah, tindakan mempersoalkan kesihatan adalah satu politik paling jijik.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menayangkan rakaman CCTV minggu lalu, menunjukkan tiada kontak langsung dengan Mohamad, sebaliknya didakwa jatuh sendiri.

Salleh mendakwa siasatan mereka menunjukkan motosikal dibonceng Mohamad terjatuh selepas melanggar pembahagi jalan di hadapan kereta polis.

Salleh juga mendakwa kecederaan Mohamad bukan sesuatu yang serius kerana tiada keretakan.

"Saya tidak tahu mengapa dia menggunakan kereta roda," kata Salleh lagi minggu lalu.

Pada sidang media hari ini, Mohamad menambah "dalam video itu sendiri, di belakang Pajero, anda boleh melihat Waja menyeberang dan melanggar saya."

"Persoalannya ialah sedangkan pesaing kami ialah Umno dan BN, mengapa kami dikasari oleh polis, yang sepatutnya profesional dan berkecuali," kata beliau.

Dalam temu bual dengan Harakah Daily Ahad lalu, Mohamad mempertahankan dakwaannya ke atas polis sebelum ini bahawa motosikal diboncengnya telah dirempuh kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Sehubungan itu Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, beliau tiada sebab untuk berbohong berhubung nasib dialaminya tiga minggu lalu.

"Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," kata Mohamad.

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak menghalang hasrat Mohamad yang dilapor mahu menyaman polis atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan Bersih.

Kata beliau, polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.

Mohamad juga telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada PDRM kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal diboncengnya.

1 comment:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Pemimpin PAS dalam bab ini memang hebat walaupun hampir KANTOI.

Nampaknya Ajijoi tidak serik kena tipu walaupun seribu kali sebab mana ada PARTI ISLAM macam PAS YANG BOLEH BERBOHONG.

Maklumlah video itu BESI.

Malangnya Ajijoi guna kamera video untuk mencari kesalahan rasuah pihak lain.

Bukankah kamera video itu juga BESI pada pandangan HADI.

Inilah LAWAK SEZAMAN dalam politik PAS.

Kalau pemimpin KENTUT pun akan dikatakan WANGI oleh penyokong PAS.

Memang lawaklah.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...