Thursday, April 1, 2010

Sidang Dun Perak 2010: Perangkap Umno/BN buat Adun PR

IPOH 31 MAC: Perangkap yang dipasang oleh Umno dan BN sewaktu berlangsungnya Sidang Dun Negeri Perak ternyata mengena.

Segala prosedur, segala peraturan dan sehinggakan titah ucapan Raja Muda Perak juga tidak mereka endahkan, kerana agenda persidangan yang lebih utama adalah menunjukkan kepada rakyat betapa adun-adun Pakatan Rakyat sentiasa akan membuat kecoh dan kacau semasa sidang berjalan.

Segalanya menjadi bertambah mudah apabila pihak media yang bukan daripada kalangan pemain skrip mereka diletakkan di dalam bilik gelap yang menghalang daripada merakamkan gambar-gambar yang tidak mereka inginkan didedah kepada rakyat. Hanya imej-imej idaman daripada lensa-lensa upahan mereka sahaja yang akan diperbesarkan.

Maka, muka hadapan akhbar Utusan menjadi wadah utama untuk mereka mengutuk dan memperkecilkan tindakan-tindakan Adun PR yang mahukan keadilan dan peraturan sidang diikuti.

Ganesan, Speaker yang dilantik secara haram telah menjalankan kerja haramnya dengan cukup baik sepertimana yang telah dirancang dan di skripkan untuk mencabul Perintah Tetap Dewan semahu beliau asalkan kemarahan dan ketidakpuasan hati adun-adun PR dapat dirakam buat peluru politik Umno dan BN.

Jika inilah tahap pemikiran dan cara berpolitik Umno dan BN, amat rugilah rakyat Perak apabila pentadbiran negeri diletakkan dibawah jagaan mereka.

Jika Dewan persidangan Dun Negeri dan Titah Ucapan Raja Muda Perak pun boleh mereka 'cincai'kan, apalah ada dengan kita segala rakyat yang senantiasa diperbodoh-bodohkan dengan permainan politik sekeji begini.

6 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Malam tadi saya menonton berita TV1dan TV3 untuk melihat gelagat yang sudah pun terbukti NILAI PEMBANGKANG.

Ternyata dari entri blog dan geng saudara masih belum waras mengenai siapa yang melakukannya dan menuduh orang yang mempersoalkan tingkah laku ini.

Apakah ini pembangkang yang baik seperti yang dicanangkan oleh mereka?

Perjuangan PAS diwar2kan demi Islam tapi malangnya perjuangan jenis apakah ini kalau perbuatan dan percakapan menggunakan matlamat menghalalkan cara untuk mencapai cita2 politik.

Dalam komen semalam, entri saudara mengatakan tak cukup 2 hari membincangkan masalah rakyat. Justeru di mana masalah rakyat sekarang ini?

BN di pihak pemerintah negeri, persoalan lama seperti MB dan Speaker telah selesai namun masih dibangkitkan kononnya tidak mengikut peraturan.

ADUN PR (tak berdaftar) membangkitkan hal ini untuk mengatakan orang lain tidak mematuhi peraturan tapi bagaimana dengan mereka?

Orang lain semuanya dianggap tidak mematuhi peraturan dan menganggap mereka sahaja yang boleh mengatur peraturan mengikut kepala mereka sendiri.

Ini bermakna orang lain kena patuh kepada peraturan mereka ketika mereka memerintah. Dan ketika orang lain memerintah kena ikut juga KEPALA PERATURAN mereka.

TIDAK IKUT MERAJUK KELUAR DEWAN.

Ini keras kepala namanya.

Sampai bila fatwa halal haram nak dipakai kalau ORANG LAIN MEMERINTAH DIKATAKAN HARAM TAPI BILA SENDIRI MEMERINTAH SEMUA HALAL.

Kalau lompat ke dalam partinya disanjung seperti raja hingga tidak perlu letak jawatan dan tidak digelar katak, kalau lompat ke dalam parti orang lain siang2 suruh letak jawatan dan dipanggil katak.

Ajijoi tahu bahawa katak bergerak dengan MELOMPAT. Melompat seperti katak masih tetap melompat walaupun cara dan teknik yang berlainan.

Apabila PAS sudah berkawan dengan DAP, macam perangai DAP jugalah PAS. Dicampur lagi PKR macam itu jugalah PAS kerana masalah dalaman dan MORAL PKR dipalit ke muka PAS.

Memang benar kata pepatah Melayu baru. MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK, MASUK KANDANG DAP MENGANGGUK, MASUK KANDANG PKR MAIN PINTU BELAKANG, MASUK KANDANG PR (tak berdaftar) AKU TETAP ISLAM,
MASUK KANDANG HARIMAU TIDAK MAU,
MASUK KANDANG PILIHANRAYA PENGUNDI HANTU.

Mana negara Islam dan hukum hudud setelah berkawan dengan dua parti berlainan jantina ini?

Ini bukan soal memperkecilkan ADUN pembangkang.

Soalnya sikap pembangkang dan pendukungnya yang selalu mengecilkan orang lain yang tidak sehaluan dengannya termasuk blog pro PAS hampir setiap hari menelanjang dan memakan bangkai saudara Islamnya.

SUNGGUH MEMALUKAN. Mereka berpolitik melebihi had demokrasi yang ditetapkan.

Dalam hal ini boleh Zunar memaparkan bagaimana kartun pembangkang dimainkan di Dewan.

Segalanya sudah terbukti siapa yang melakukan perkara yang tidak senonoh di DUN yang mulia.

Sesuatu yang tidak senonoh dilakukan di tempat yang mulia seperti masjid akan mencemarkan tempat suci tersebut.

Begitu jugalah di DUN yang merupakan institusi negeri yang digunakan selama ini.

Memang layak perlakuan pembangkang dilakukan di zoo.

Sekian.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Segalanya sudah terbukti berkaitan dengan pendedahan oleh bekas MB Perak , DS Tajol Rosli, DS Dr Zambry dan YB Jamaluddin di DUN semalam.

PR (tak berdaftar) masih berebut menawarkan jawatan melalui PROGRAM MAIN PINTU BELAKANG.

Bukan mudah pemimpin BN hendak melompat tetapi semudah itu pemimpin PR (tak berdaftar) untuk melompat.

Sebabnya PR (tak berdaftar) tidak mempunyai kewibawaan dan kepimpinan untuk menjadi pemerintah apatah lagi untuk memerintah dengan baik dan cemerlang seperti BN.

PR (tak berdaftar) bukanlah ahli dalam pemerintahan.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhumnya " Sekiranya sesuatu perkara diserahkan kapada yang bukan ahlinya tunggulah saat kehancurannya".

Buktinya, baru memerintah sudah menghadapi masalah dalaman dan moral.

Yang peliknya, masalah moral seperti liwat kalau masuk di gelanggang PR (tak berdaftar) PAS MENDIAMKAN DIRI.

Kalau berlaku dalam BN, kalau boleh mikrofon disediakan untuk memberitahu dunia tentang hal itu.

Perangai PAS ini seperti KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DI DEPAN MATA TIDAK NAMPAK.

Agaknya bermacam2 pepatah-petitih boleh dilemparkan kepada PAS.

Apa tidaknya. PAs tidak sedar dirinya banyak kelemahan tetapi apabila ditegur dan dikritik, dikatakan orang yang menegur itu dibalas dengan AKU INI ISLAM ENGKAU APA TAHU. AKU INI ULAMA. ENGKAU SIAPA? INI MENGHINA ULAMA.

Oleh itu, sampai bila2 PAS masih dalam kelemahannya. Kritikan dan teguran dikatakan menghina dan membenci.

Begitulah penyokongnya seperti Ajijoi dan gengnya.

Akhirnya apa yang berlaku ke atas penyokongnya ialah MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.

Walau apapun tingkahlaku pemimpin PR (tak berdaftar), dipuji melangit oleh penyokongnya sama ada baik atau buruk.

Oleh itu, PR (tak berdaftar) jangan dikritik disebabkan mereka sempurna segala2nya. Mereka hendaklah dipuji melangit yang tidak ada cacat celanya.

Sekian.

Prof. Era Pasca said...

wahai si bodoh... cukuplah aku caka ko bodoh kerana tengok TV1 dan TV3.... Rumah ko takde beli harakahke? hahahha ko mintak ayah ko belikan...

Beautiful Minds said...

PERSOALAN YG BEGITU BESAR UTK ARTIKEL DI ATAS
* mhalalkan rasa malu pd rakyat dgn mgatakan itu semua perangkap??? (walaupun ia blaku atas kesilapan sendri)
* Adkh penulis merasakan rakyat begitu kolot utk menilai??
* siapa yg x hormat raja muda perak sbenarnya? dan pemimpin mane yg melompat2 dlm parlimen? (itu rakyat sedia maklum)
* inilah antara racun2 yg mjadi ketaksuban pnyokong pbkang dlm mencari kbenaran.
*walhal kite semua sedia maklum siapa yg beraksi mcm kera tkena blacan di dlm parlimen.
* dgn tdk menonton tv3, rakyat skang ni semua sdh tbuka. Masing2 ada blh menilai dri Utube(jika sekiranya tv3 ddakwa byk proBN)
* persoalannya, mana letaknya kredibliti pemimpin pbkang??
* mgapa tdk digunakan masa dan ruang diberikan utk myampaikan suara rakyat yg diwakilkan?
* knape tiap kali bsdang pemimpin pbkang bsikap demikian?
* dan akhir skali artikel di atas dipetik sbg perangkap kpd pemimpin PKR..????
hanya kita blh nilai yg mane d mana letaknya maruah bangsa kita...

-hanya jauhari mengenal manikam-
-JANGANLAH ANDA JADI JAUHARI BELAJAR MENGENAL MANIKAM-

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

A

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Dengar kata pembaca khutbah di UK, Nizar mamaki MB Perak dengan kata "BABI! PANGKOR".

Ustaz Ngar Kor Ming pula nak jadi PENINJU menunjukkan isyarat PENUMBUK.

ADUN Kuala Sepetang pula nak lempar fail kepada MB Perak.

Apa sudah jadi ini wahai Ajijoi.

Oleh itu, MASALAH RAKYAT telah selesai dengan 'soalan2' yang tidak ditanya oleh pembangkang.

Pakai baju HITAM, bawa POSTER, tunjuk PENUMBUK, luah kata BABI dan lempar FAIL adalah MASALAH RAKYAT yang ingin dibangkitkan oleh pembangkang.

Berapa panjang lagi tempoh bersidang yang dikehendaki oleh pembangkang dan Ajijoi sendiri.

Memang benar semasa PR (tak berdaftar) memerintah DUN bersidang selama 4 hari berbanding 2 hari semasa BN memerintah.

Memang BENAR juga semasa PR (tak berdaftar) memerintah BN memberi kerjasama yang baik hingga tempoh sidang lebih panjang berbanding semasa BN memerintah sidang lebih pendek kerana PELAKON PEMBANGKANG buat hal.

Kelebihan ADUN PR (tak berdaftar) ialah tersangat patuh kepada peraturan semasa mereka memerintah dan membangkang. Kalau orang lain tak patuh akan ditunjukkan BUKU PERINTAH TETAP, PENUMBUK, LEMPAR FAIL, POSTER dan BABI.

Kalau PR (tidak berdaftar) diberitahu tidak patuh kepada peraturan oleh orang lain akan DISEDIAKAN SURAT SAMAN RM200 JUTA, KELUAR MASUK MAHKAMAH, KEZALIMAN, MASUK BLOG TUNJUK GAMBAR 3G, BERCERAMAH, BERKHUTBAH dan macam2 lagi.

Soalan sebanyak 216 tak cukup untuk mendapatkan anugerah World Of Records. Sokongan rakyat akan bertambah sekiranya 216,000 soalan dikemukakan untuk mendapatkan anugerah tersebut dan UNDI akan bertambah dalam pilihanraya tanpa sokongan PENGUNDI HANTU RAYA.

Itulah kehebatan PR (tak berdaftar) selama ini.

Sekian.

Followers