IPOH (1/2/2009) : Malam ini Masjid Azlan Shah di Jalan Diary penuh sesak dengan orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah agama daripada Dato Dr Harun Din, satu nama besar yang tak asing lagi sebagai pejuang agama Islam di Malaysia.
Ceramah malam ini membicarakan tentang keutamaan zahir dan batin. Betapa kehidupan kita hari ini lebih mengutamakan zahir (tubuh badan) daripada batin (rohaniah).
Zikrullah adalah perkara pokok yang menjadi makanan kepada rohani kita untuk menguatkannnya manakala banyak makanan untuk badan hanya akan mempercepatkannya untuk binasa.
Dr Harun Din juga bertanyakan berapa banyakkah wang yang dibelanjakan untuk memenuhi keperluan zahir berbanding berbelanja untuk menambahkan ilmu bagi kekuatan batin.
'Anak-anak pelajar kita hari ini ramai yang tidak dapat membaca Fatihaah dengan betul akibat pembelajaran agama yang dianggap ringan dan tulisan rumi menjadi bahan pengajaran ilmu Al-Quran. Amat sedih sekali, ujarnya'.
No comments:
Post a Comment