Friday, February 6, 2009

Jalan ke Masjid Ubudiah ditutup

Jalan-jalan menuju ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar telah dihalang dan di tutup.
Ini memaksa orang ramai yang ingin menunaikan solat jumaat terpaksa berjalan kaki.

Apakah hukumnya menghalang orang Islam daripada menunaikan solat jumaat? Belum pun sah mentadbir negeri pelbagai kesusahan telah ditimpakan kepada rakyat.

Jalan-jalan di Ipoh juga terutamanya Jalan Raja Nazrin Shah (Jalan Gopeng) telah ditutup sehingga jam 7.00 malam nanti. Bagaimana dengan warga Ipoh yang biasa menggunakan jalan tersebut untuk urusan harian? Terpaksa menggunakan jalan lain yang agak jauh daripada biasa? Kesusahan rakyat bagaikan hiburan buat mereka.

Inilah caranya mereka meraikan kemenangan mendapatkan kerajaan negeri Perak dengan menggunakan pintu belakang istana.

1 comment:

Manisanmanis said...

Ajijoi,

I can tell you that I am really suffer from the closing of the jalan gopeng. until now it is already the 3rd week. every working I need to travel further to reach home. Beside that I am also need to by pass 3 road block. what I can tell is they are really misused their power and authority. they forget that RAKYAT who are still the authority holder.

Lina

Followers