Thursday, February 5, 2009

Menteri Besar baru angkat sumpah esok?

YB Idham Lim (Adun Titi Serong) menyatakan bahawa beliau telah menerima undangan untuk menghadiri upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru esok di Istana Kinta, Ipoh jam 3.oo petang.

Bagaimana upacara ini boleh dilakukan sedangkan Dato Seri Nizar yang sedia ada masih berperanan sebagai Menteri Besar yang sah.

Apakah rakyat Perak akan mempunyai dua Menteri Besar dalam satu masa?

Ternyata Barisan Nasional tidak menghormati perlembagaan, undang-undang serta mandat rakyat dalam episod rampasan kuasa di negeri Perak ini.

Hari ini menyaksikan satu sejarah yang hitam pernah disaksikan rakyat Perak dan hujan yang amat lebat di kediaman Menteri Besar Perak ketika ini bagaikan tangisan rakyat Perak terhadap gugurnya pemerintahan kerajaan yang dilantik rakyat secara sah.

No comments:

Followers