Wednesday, February 4, 2009

RAMPASAN KUASA DI PERAK


Rampasan kuasa. Itulah yang dapat saya katakan apabila kerajaan pilihan rakyat yang sedia ada
hari ini cuba digulingkan dengan cara yang paling jijik oleh pihak-pihak yang paling hina.

2 adun pkr (Jamaludin dan Osman) yang tidak mengaku meletakkan jawatan sebelum ini telah bertindak keluar dari parti pkr dan mengisytiharkan mereka sebagai adun bebas. Begitu juga dengan adun jelapang dari parti dap (hee) yang isytihar keluar parti dan kini bebas.

Jika mereka mengatakan mereka adun bebas (tidak menyertai mana-mana parti), bagaimana pula mereka dengan bangganya berhimpun sekali dengan adun-adun bn semasa sidang media oleh najib? Dan najib pula mengambil kira kerusi adun mereka sebagai bn mempunyai jumlah majoriti?

Dan adun bota (Nasarudin) yang keluar umno untuk menyertai pkr telah kembali kepada umno atas alasan untuk bersama sebuah kerajaan yang kukuh. Mungkinkah kemasukannya dulu ke dalam pkr untuk mengkucar-kacirkan parti itu bagi membolehkan 2 adun pkr yang bermasalah melompat keluar parti? Amat hinalah maruah dirinya sekiranya dia memang merancangkan ini semua.

Kemelut ini semua bermula setelah najib mengambil alih jawatan pengerusi badan perhubungan umno perak daripada tajol rosli. Tindakan najib seperti yang kita ketahui begitu agresif dalam siri penculikan, ugutan dan tawaran. Dia merasa bahawa dia boleh membuat apa saja tanpa perlu bertanggungjawab terhadapnya walaupun perbuatan jenayah kerana pada bulan hadapan, tampuk pemerintahan tertinggi negara akan berada didalam genggamannya (bukan genggaman rosmah ke?).

Sungguh sedih dengan apa yang berlaku di Perak dan akan bertambah sedih dan malang sekali kepada negara Malaysia apabila najib diserahkan jawatan Perdana Menteri oleh Pak Lah bulan Mac depan.

Mahukah orang sebegini dengan perlakuan sekeji ini yang memerintah negara? Amal maaruf nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran) yang diamalkan kerajaan pakatan rakyat di Perak ditentang dan dikacau bilaukan oleh pihak yang membawa pendirian menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kepada kebaikan.

Semoga Allah Taala sahajalah yang menyelamatkan rakyat negeri Perak. Amin.





No comments:

Followers