Saturday, February 7, 2009

Mampukah Zamry meneruskan tazkirah sepertimana MB Nizar?

Beberapa pegawai dan kakitangan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini mengambil kesempatan bersalaman dan mengerumi Dato Seri Ir Haji Mohamas Nizar Jamaludin semasa beliau ke bangunan itu hari ini.

Pada sebagian besar wajah mereka kelihatan sayu dan hiba akan kejadian yang menyayat hati sehingga meragut kedudukannya sebagai MenterI Besar itu dalam persada pemerintahan nya selaku ketua Pakatan Rakyat.

Yang pasti, semua pegawai dan kakitangan (kecuali ada beberapa kerat lagi termasuk Dr Abdul Rahman Hashim, kepala SUK terdegil yang telah hitam hatinya) akan merindu saban waktu, terutama waktu selepas solat zohor tengahari akan tazkirah ringkas oleh Nizar.

Yakinilah bahawa Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan mampu berbuat demikian. Surau di Aras G itu akan kesunyian. Tiada lagi suara Ketua Pemerintah memberi tazkirah atau tunjuka ajar. Masjid dan Surau juga akan merindui suara seorang pemimpin besar seperti NIzar.

Peluang dan kesempatan untuk NIzar akan disempitkan oleh Zambry kerana takut akan bayang2an Pakatan Rakyat melebarkan pengaruh. Rakyat akan mula membuat perbandingan seumpama ini. Lebih 50 tahun BN memerintah tidak pernah ada seorangpun pemimpin BN berbuat demikian.

Surau aras G itu tidak akan ramai dikunjungi lagi sepertimana era Nizar.

Seperkara lagi, kediaman rasmi Menteri Besar yang tersergam melebar di tengah bandaraya Ipoh itu juga tidak pernah ada sebuah surau khusus untuk rakyat yang singgah menemui pembesarnya. Nizar mengubah sebuah kawasan khusus untuk urusan memasak dan pantri menjadi surau. Dan terbinalah surau di kawasna kediaman itu yang sudah wujud puluhan tahun.

Nizar memang mudah didampingi dan senang di dekati. Seperkara yang amat ditekankan beliau ialah solat.

Katanya, jika anda belum solat, silalah solat. Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu. Jika anda solat, tetapi seirangkali di akhir waktu, maka disegerakanlah. Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

sumber: malayakita.com

No comments:

Followers