Kenaikan kadar tol yang diumumkan Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad hari ini bukan sahaja dilihat sebagai satu lagi bebanan kepada rakyat tatkala negara mengalami kemerosotan ekonomi, malah ada perkara yang lebih besar lagi yang berselindung disebalik kenaikan tersebut.
Mulai 1 Mac ini, apabila kenaikan kadar tol bermula, maka bermulalah juga kenaikan harga barangan keperluan harian akibat daripada pengusaha terpaksa membayar lebih untuk pengangkutan.
Kalau dahulu, kenaikan harga minyak dijadikan asas untuk kenaikan harga barangan, kini minyak tidak lagi boleh dijadikan alasan kerana bakal mendapat tentangan hebat rakyat sepertimana yang berlaku dahulu. Oleh itu, tol menjadi alat penting untuk memangkinkan kenaikan harga barangan.
Rakyat telah lama mendesak kerajaan untuk menurunkan harga barangan kerana mereka tidak lagi dapat bertahan dengan kenaikan harga yang melampau jauh berbanding pendapatan rakyat. Namun sikap pihak bertanggungjawab yang lebih gemar mempertahankan hak peniaga daripada memperjuangkan hak rakyat, akan sentiasa akur dengan desakan peniaga malah lebih teruk lagi mereka seolah-olah menjadi jurucakap kepada peniaga tersebut dalam menepis desakan dan kemarahan rakyat.
Sekali lagi rakyat Malaysia dipermainkan dengan episod kenaikan kadar tol ini. Sampai bila rakyat harus ditekan dengan bebanan yang sebegini. Bagaikan rakyat kini terpaksa bekerja keras hanya untuk membayar segala harga yang telah ditetapkan kerajaan kepada mereka. Apakah yang tinggal untuk dibawa pulang kepada anak-anak dan isteri? Inikah yang dikatakan kerajaan yang prihatin kepada rakyat?
Syarikat konsesi lebuhraya kini sedang mengeratkan genggaman mereka ditengkuk rakyat dengan izin kerajaan yang 'prihatin' kepada rakyat.

No comments:
Post a Comment