Ketika rakyat Perak dikelam-kabut serta dihuru-harakan dengan rampasan kuasa umno/bn terhadap kerajaan negeri pakatan rakyat, seorang aktivis Pas yang aktif telah ditimpa kesedihan berganda.
Bukan sahaja kerajaan negeri dirampas orang tetapi ibunda tercinta juga menghembuskan nafas terakhir kembali menemui penciptanya.
Sahabat baik dan juga saudara saya ini yang bernama Fadzil Bin Yeop Mohamad telah kehilangan ibunda tercinta, Bibi Sabariah Bt Razali 71 tahun yang menghidap penyakit kencing manis selama 30 tahun.
Kelima-lima jari kaki kanannya telah dipotong sejak dua tahun lalu dengan yang terbaru hanya minggu lepas. Oleh kerana tekanan darahnya yang menurun mendadak telah memaksa doktor meminta waris membawa pulang pesakit ke rumah.
Setelah pulang ke rumah pada Ahad yang lepas, tepat jam 1.30 tengahari Khamis 5.2.09, Allahyarhamah Bibi Sabariah telah kembali ke rahmatullah dengan dikelilingi keluarga tercinta.
Bagi pihak diri saya sendiri serta seluruh saf kepimpinan dan ahli Pas Gopeng serta Unit Amal Gopeng mengucapkan takziah kepada saudara Fadzil sekeluarga.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment