Tuesday, February 3, 2009

Dia buat dahhh...


Mentang-mentanglah sekarang ni dah popular (sebagai melayu khianat), gambar pun setiap entri blog dan akhbar terpampang gambar dia, mulalah nak bukak cerita memburukkan semua orang ye?

Maklumlah tengah laku, apa benda dia cakap pun orang akan tulis dan publish. Mulalah tak sedar diri.

Selama 4-5 hari semua orang cari dia, sekarang dah keluar, dia pulak cari semua (salah) orang.

Part yang paling best tu, nak cari simpati orang. Kata dirinya dianiaya padahal dia yang menganiaya semua orang.

ADUN Behrang dianiaya PKR?

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi hari ini mendakwa tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat berpunca daripada keinginan pemimpin tertentu parti itu yang berhasrat bertanding jika diadakan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, ada pihak dalam PKR yang ingin pilihan raya kecil diadakan supaya calon pilihan mereka dipilih bertanding.


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu Ahad lepas tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kedua-dua kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Jamaluddin mendakwa berlaku perebutan jawatan di kalangan pimpinan PKR dan usaha untuk mengadakan pilihan raya kecil di dua kerusi DUN dirancang bagi membolehkan pemimpin tertentu dalam parti menjadi wakil rakyat dan seterusnya Exco kerajaan negeri.

Jamaluddin yang juga Bendahari dan Timbalan Pengerusi PKR Perak menyifatkan keadaan yang berlaku sebagai mainan kotor beberapa pemimpin parti yang ingin bertanding di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

Mengenai tuduhan bahawa "kehilangan" beliau dan Osman didalangi oleh Barisan Nasional (BN), Jamaluddin berkata beliau sebenarnya cuti sakit dan tiada kena mengena dengan Umno. BERNAMA

No comments:

Followers