Friday, February 6, 2009

FRU menggganas, masjid dibedil gas pemedih mata!



KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.20 petang:FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah.

Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.

Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta. - mks._

Sembilan ditahan diambil keterangan

Terkini KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - Sembilan orang disahkan ditahan dan kini berada di Ibu Pejabat Polis KUala Kangsar bagi diambil keterangan berhubung penyertaan mereka dalam perhimpunan di Masjid Ubudiyyah petang tadi.

Mereka yang ditahan adalah; Yusuf Jaafar,Muhammad Faiz Muhammad Arshad,Muhammad Ismail SM A. Kadir, Pat Latif Mansur, Isha Riduan Ishak, Idris Muhammad Amin, Adi Helmy Muhammad Nasir, Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan Zulhaizam Zulkifli.

Sementara itu, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antaranya, Misbahul Munir Masduki, Norazli Musa,M. Kulasegaran dan beberapa peguam kelihatan berada di hadapan pintu masuk balai polis berkenaan. - mks._

1 comment:

Ummu afif said...

Memang biadap dan kurang ajar... jika berperang sekali pun Masjid tidak akan dimusnahkan, orang2 yang masuk ke masjid akan selamat..FRU ni perlu diajar adab2 dalam Islam.

Followers