BERGELUT... Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya.
DITENANGKAN... Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo yang juga anak Karpal Singh dihalang ketika pertengkaran dengan Pemuda Umno Selangor di bangunan Parlimen petang ini.
MELERAIKAN... Pengerusi, BNBBC, Datuk Tiong King Sing cuba meleraikan pergelutan yang berlaku.
KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'celaka' semalam.
Insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.
Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.
Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.
Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli
Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.
Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.
Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.
Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.
Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.
Semalam, Karpal menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
CABAR-MENCABAR
Cabar- mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.
Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Tiong King Sing dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.
Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri daripada mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda Umno celaka.
"Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam.
"Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani," katanya.
KOMEN KARPAL, ANWAR
Sementara itu, dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada pukul 4 petang tadi, Karpal menyelar tindakan pihak yang cuba menakut-nakutkan beliau dengan ugutan sedemikian.
"Keadaan sebegini tidak patut berlaku. Kita tiada masa untuk masalah ‘gangster’ yang menakut-nakutkan ahli Parlimen di sini.
"Saya kecewa kerana pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan ketika saya meminta bantuan dan tiada seorang pun membantu.
"Saya mungkin duduk di atas kerusi roda tapi saya tidak takut kepada sesiapa pun.
"Saya mempunyai tugas sebagai Ahli Parlimen dan saya akan tetap menjalankan tugas itu tanpa sebarang ketakutan," katanya.
Tegas Karpal, beliau mahu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil tindakan tegas ke atas isu tersebut.
"Saya tidak mahu retorik semata-mata. Saya mahu pihak berkuasa Parlimen dan Speaker mengambil tindakan tegas ke atas mereka. Saya tidak mahu kejadian sebegini berulang lagi," ujarnya.
Sementara itu, menurut Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu.
"Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.
"Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan
supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin," katanya ketika ditemui.
supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin," katanya ketika ditemui.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP pula menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak pernah terjadi dalam sejarah Parlimen di negara ini.
"Pada sesi pembukaan kali ini satu usul telah dikemukakan mengenai pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli Parlimen namun apa yang berlaku ia telah dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau juga meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta maaf atas apa yang terjadi kepada Karpal hari ini.
"Saya minta Abdullah dan Hishammuddin meminta maaf secara terbuka atas apa yang berlaku ke atas Karpal hari ini. Mereka patut minta Pemuda Umno berhenti daripada mengamalkan tindakan ‘gangsterism’ ke atas Ahli Parlimen pembangkang.
"Mereka (Pemuda Umno) telah melanggar undang-undang negara dan akta di Parlimen," katanya.
No comments:
Post a Comment