Tuesday, February 10, 2009

Sejarah bapa Tajol Rosli kini berulang kembali

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”


Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.


Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

...baca seterusnya

- msomelayu.blogspot.com

5 comments:

Anonymous said...

dia tak letak jawatan, tapi takda la naik atas kereta sultan, saman sultan, maki sultan macam kome..

perkara sama, tapi suasananya beza..

macam kome rupe kera dapat bunga..

Anonymous said...

Bila masenyer teman nak saman sultan nih...kome jgn dok fitnah

Dan biler masa UMNO sayang sultan pulak nih..saper ari tu yang gelor sultan dema natang arituh?
Sapa pulak yang buat roadshow keliling Malaysia menghadkan kuase raja... udah luper ker?

tokasid said...

Heboh satu Malaya.Hmm....heboh satu UMNO Malaya sebenarnya.
Heboh tentang DS Nizar menderhaka. Itulah istilah yang pemimpin-pemimpin UMNO gunakan bagi mensifatkan DS Nizar.

Tapi betulkah DS Nizar derhaka? Aku rasa sebenarnya DS Nizar mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Dan sunnah Nabi SAW adalah lebih berharga dari titah mana-mana raja dalam dunia.Kerana sunnah Nabi SAW berlandaskan firman ALLAH Azza WA Jalla. Sedangkan titah raja mungkin terdorong oleh hanya akal atau perasaan atau nafsu.

Mengikuti sunnah Nabi SAW ,InsyaALLAh akan mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Ikut titah raja belum tentu lagi.....

Keenganan DS Nizar meletak jawatan bila di titahkan oleh raja adalah seperti sabda Nabi SAW kepada sahabat besar Uthman bin Affan r.a. iaitu:-


hadithuthman

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Jadi, adakah derhaka jika seorang pemimpin Muslim mengikut sunnah Nabi SAW?

Rencana menarik di sini.....Ibrah Sulaiman

Anonymous said...

Mule le kome keluo hadis menyokong perkara bodoh yang kome buat, jgn le guna Rasulullah itu membetulkan tindakan kome baring atas jalan, pijak kereta orang, pecah cermin kereta orang..

Tinggalkan Rasulullah di luar dari kebodohan kome, baginda Rasulullah insan maksum dn sempurna , manakala kome entah hape-hape..perusuh.

baik le bagi hadis kat Nizar supaya redha dengan qada dan qadar, ambik iktibar..jangan melengu bingai lagi

Muhamad Amir said...
This comment has been removed by the author.

Followers