Saturday, February 14, 2009

Osman Jailu berbohong, mahkamah perlu ambil tindakan tegas, dakwa Mahfuz

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menuduh Adun Changkat Jering, Kapt (B) Osman Jailu sebagai pembohong kerana mengemukakan alasan palsu berikutan ketidakhadiran dalam perbicaraan kes rasuah di mahkamah baru-baru ini.

Osman melalui adiknya di mahkamah menyatakan beliau dimasukkan hospital kerana masalah kesihatan yang agak serius menyebabkan beliau tidak dapat hadir perbicaraan.

Sebaliknya sehari selepas kenyataan itu, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain menafikan bahawa Adun Changkat Jering telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini, kata Mahfuz.

Kenyataan ini jelas membohongi dan menghina mahkamah, selain Osman juga adalah antara Adun Bebas yang menyokong pembentukan kerajaan 'haram' BN di Perak, kata Mahfuz.

"Bagi saya beliau telah menipu mahkamah, beliau juga adalah orang yang telah konnonnya dipercayai Sultan Perak untuk bersetia menyokong BN dalam membentuk kerajaan BN di Perak.

"Orang yang begini sepatutnya tidak boleh dipercayai kerana diragui kebenarannya, Sultan perlu menimbang semula pengakuan beliau (Osman) ketika bersetuju membentuk kerajaan BN dengan rampasan kuasa di Perak," katanya.

Mahfuz mendesak pihak mahkamah, dan pihak berkuasa segera menahan Osman berikutan penipuan yang dilakukan ini.

Baca seterusnya...

-harakahdaily.net

Followers