Jamaludin yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon PKR untuk jawatan Menteri Besar (sebelum Nizar mengangkatkan sumpah jawatan itu) sekali lagi terlepas peluang menjadi Menteri Besar selepas rampasan kuasa BN ke atas kerajaan Pakatan Rakyat.
Jamaludin tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar walaupun itulah cita-cita besarnya kerana PAk Lah telah memutuskan Dr Zambry Abdul Kadir, Adun Pangkor. Zambry, kroni Pak Lah dijadualkan mengangkat sumpah petang semalam di Istana Iskandariah, di sini.
Ekoran itu, Jamaludin cuba melebarkan pengaruh dan kukunya dalam kumpulan barunya BN (walaupun dilaporkan tidak menyertai Umno). Seketika dulu Jamaludin meludah Umno sebelum menyertai PKR. Sekarang beliau menjilatnya semula. Osman yang menjadi kaptan sahaja kerana tidak dinaik-naikkan pangkatnya semasa dalam tentera adalah sekadar menumpang kekuatan Jamaludin.
Benar seperti kata Tun Mahathir Mohamad, kerjasama UMNO/BN (28 kerusi) dengan 3 calon bebas ini sangat rapuh. Ia umpama biskut direndam dalam air. Jamaludin akan menjadi pendesak hebat dalam kumpuan 28+3 ini, sepertimana dilakukan dalam Pakatan Rakyat.Jamaludin akan membisu seribu bahasa dalam mana-mana mesyuarat, tetapi akan bersuara di luar mesyuarat.
Oops. Zambry jangan bermesyuarat dalam bahasa Inggeris atau bercakap Inggeris dengan Jamaludin nanti menjadi isu besar.Episod duka baru bermula dengan perlantikan Zambry menjadi MB. Raja Ahmad Zainudin mula membuka mata an telinga, beliau akan dijadikan tuan speaker untuk mengunci pengaruhnya.
Bagi Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang turut sama berkemampuan melompat walaupun OKU, juga sudah diketahui umum mudah dibeli. Semasa menjadi timbalan speaker, Hee menuntut diadakan pejabat untuknya dan sebuah kereta rasmi, sedang kelayakan itu tidak ada dalam peruntukan. Nizar menyediakannya demi menjaga kekuatan parti.
Itulah, jika Jamaludin dan Osman tidak dilantik menjadi exco. Tapi nak lantik gi mana pak, kedua-dua orang ini tak tahu buat kerja. Hee juga mujur jika ditawarkan timbalan speaker semula.
Bagi orang Cina, kemungkiran Hee daripada segi janjinya bersama-sama PR akan menyebabkan dia menderita tiga keturunan.
No comments:
Post a Comment