Wednesday, March 10, 2010

Pimpinan PAS Perak berlepas ke Mesir, Jordan dan UK

Pimpinan PAS Perak diketuai oleh Ust Abu Bakar Husein selaku PJ Perak akan berlepas ke Mesir dalam rangka lawatan kerja keluar negara. Turut serta YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, YB Khalil Idham Lim dan beberapa yang lain. Mereka akan berada di Mesir tiga hingga empat hari. Selepas itu, mereka akan berangkat pula ke Jordan dan seterusnya ke UK. 23hb. Mac baru mereka kembali ke tanah air.

Mereka akan disambut oleh anak-anak Perak di Mesir. Sempena dengan kunjungan mereka, beberapa program diatur dengan begitu padat oleh pimpinan pelajar di ketiga-tiga negara. Mereka juga dijangka akan bertemu dengan tokoh-tokoh ilmuan Islam dan pemimpin gerakan Islam.

Peluang keemasan ini sudah pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja kepada warga Malaysia umumnya dan warga Perak khususnya yang berada di ketia-tiga negara samada pelajar atau yang bekerja di sana. Inilah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia mengetahui isu-isu politik tanah air terutama kemelut politik Perak.

3 comments:

Unknown said...

Makan angin sakan nampak nye

MymassaVoice said...

nak abihkan baki2 komisen haritu...lgpun kat malaysia ni rakyat dah tak nak dgr dah fitnah nizar edan tu.tu yg jauh membawak diri tu.sepatutnya puak2 pas ni labih arif yg setiap sen elaun/gaji sbg wakil rakyat itu digunakan utk membela rakyat dan membina negara, tapi amik kesempatan pulak buat2 jln2 kat luar negara.org tak jemput pun...

Unknown said...

Uish...tak baik fitnah-fitnah ni...esok nak mintak ampun susah..adake main tuduh sembarang, wakil rakyat PAS ni ada iman, setiap sen yg diterima dan dibelanja ada perhitungannya yg dirisaukan di hari kiamat. Lainle wakil rakyat parti nasionalis sekular lagi rasis amno, politik wang, rasuah, perempuan, habuan s*ks dah jadi perkara utama dan biasa...

Tapi biasale, org nasionalis-sekular-rasis ni tahap kedengkian dan sakit hati terhadap org lain terlampau tinggi....ish...ish...

Followers