Thursday, March 4, 2010

Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

-malaysiakini

2 comments:

Bah Lontok said...

Belum pernah dengar ada orang mati atau kena sumoahan dari sembahyang hajad.

Terlalu banyak PAS sudah buat sembahyang hajad, tapi sekali pun tuhan belum bagi tunaikan hajad nya.

Ini kerana semua hajad2 PAS tidak ada yang baik. Tuhan tidak suka.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Ajijoi pula bagaimana?

Kalau Ahmad Awang nak cipta rekod 7hari 7 malam, mungkin Ajijoi boleh ajak ahli PAS seluruh negeri Perak buka gelanggang 70 hari 70 malam pula.

Sebenarnya sudah tidak terkira banyaknya sembahyang hajat dan doa PAS dilakukan tetapi MASIH TAK NAMPAK KESANNYA.

Lantaran itu bolehlah disimpulkan kalau sembahyang hajat itupun TIDAK DIMAKBULKAN apatah lagi ketika berkuasa terutamanya di Kelantan dan Kedah yang dikuasai PAS langsung TIDAK BERKESAN dalam pemerintahan.

Pendukung PAS dan PR (tak berdaftar) kuat mempromosikan kejayaan pemerintahan PAS di kedua negeri tersebut tapi TIADA KESAN yang baik kepada rakyat.

Kalau Ajijoi merasakan PAS berjaya memerintah, sila berikan senarai kejayaan PAS.

Kalau tidak ada kebaikan dan kesannya kepada rakyat, jangan bermimpi bahawa PAS berjaya memerintah dengan baik. Sebab PAS bukanlah AHLI dalam bidang pemerintahan sekalipun dalam politik Islam.

Hadis ada menyebut "Sekiranya sesuatu perkara itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, tunggulah saat kehancurannya".

Jadi apa yang berlaku di Kelantan telah menunjukkan segala2nya.

Tidak malukah kerajaan Kelantan yang Islam meminta wang daripada kerajaan pusat yang dituduh zalim dan kafir?

Tidakkah Ajijoi malu hendak meminta sesuatu daripada orang yang kita tuduh macam2 dengan perkataan bangang, sekular, kafir, zalim, firaun, terompah kayu, komunis, assobiyah dan lain2?

Kalau tak malu buatlah. Inilah yang PAS sedang buat sekarang dengan meminta-minta dengan orang yang tak sebulu roma.

Untuk pengetahuan Ajijoi, sila rujuk Utusan Malaysia hari ini (5/2/2010) berkenaan pendedahan Mufti Perak mengenai PAS dan Ahmad Awang selepas PRU 12 yang sudah ketahui sebelum ini.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenainya tapi saya sudah tahu tentangnya.

Jadi teruskan propaganda.

Sekian.

Followers