IPOH (30.06.09): Saya sekeluarga berkesempatan memenuhi jemputan menonton teater Siti Zulaikha yang dipentaskan di Taman Budaya, Ipoh malam Rabu lalu. Satu pengalaman baru buat anak-anak saya tentang salah satu cabang seni bangsa Melayu.
Teater Siti Zulaikha ini adalah anjuran Pertubuhan Teater Klasik Perak yang dipersembahkan secara percuma dan mengekalkan ciri-ciri bangsawan lama.
Ternyata pementasan teater ini mendapat sambutan apabila panggung penuh sesak dengan orang ramai sehinggakan ada yang terpaksa duduk dilantai semata-mata untuk menonton teater yang pertama kali diadakan disini secara dekat.
Turut memenuhi panggung pada malam tersebut adalah kalangan orang-orang tua yang mungkin mempunyai kenangan manis ketika menonton bangsawan suatu waktu dahulu.
Tidak ketinggalan juga anak-anak muda yang menghargai warisan budaya bangsa serta mendekati dan menimba pengalaman bangsawan lama.
Pementasan teater Siti Zulaikha ini terbahagi kepada 8 babak dan diantara babak-babak tersebut, penyanyi kebudayaan akan menyampaikan lagu-lagu lama sementara para petugas menyusun atur set pentas.
Raja amat murka apabila bayaran ufti palsu dipersembahkan.
Sultan Zainal Ulung bersama pengawalnya memburu kijang.
Sultan Zainal Ulung bersama pengawalnya memburu kijang.
Siti Zulaikha yang kerinduan suaminya, Sultan Zainal Ulung.
Sultan dan permaisuri bercanda sambil menyanyi.
Pasangan suami isteri, Sultan Zainal Ulung dan Siti Zulaikha
memadu asmara melepas rindu.
memadu asmara melepas rindu.
menghiburkan penonton dengan lagu-lagu lama dan klasik
sementara penukaran babak / penyediaan set pentas.
Babak Nur Selasih terserempak dengan Siti Zulaikha di hutan
Raja Zainal Ulung
untuk membunuh Raja Zainal Ulung kerana telah
jatuh hati kepadanya
Raja Panji Kayangan
sebagai Siti Zulaikha
Seniman Rahman B menerima cenderahati penghargaan
Siti Zulaikha
Bergambar kenangan bersama
Ajijoi ~ Pementasan Siti Zulaikha merupakan satu usaha terpuji untuk memartabatkan seni bangsawan ke khalayak bangsa agar tidak luput dek zaman.
Menggembling dan melatih tenaga muda mudi untuk mengangkat seni bangsa ini sesuatu yang sukar untuk dilakukan tanpa dorongan kuat untuk mengekalkan satu warisan tinggalan pengamal budaya dahulu kala.
Kehadiran seniman Rahman B juga merupakan satu suntikan semangat buat penggiat seni di Perak agar dapat dipelihara malah dikembangkan kepada generasi masa akan datang.
Teater ini mungkin akan bertambah menarik dan jitu sekiranya :
1. Lontaran suara para pelakon dapat dihayati oleh penonton dengan bantuan sistem pembesar suara yang lebih berkesan. Pengarah perlu lebih kreatif untuk menempatkan (secara menyorok) pembesar suara di sekitar pentas agar suara pelakon lebih jelas kedengaran.
2. Pemilihan pelakon menepati watak misalnya watak Raja Panji Kayangan sepatutnya dimainkan oleh pemegang watak tuk penghulu ketul perak yang lebih kelihatan berusia dan bengis. Raja Panji Kayangan adalah klimaks kepada kejahatan dan kezaliman, oleh yang demikian wataknya memerlukan seorang yang lebih agreasif dan berpenampilan sedemikian.
3. Penyanyi inter-turn di antara babak-babak perlu memendekkan lagu-lagu mereka agar penonton tidak perlu menunggu sehingga 2 jam setengah dan penghayatan penonton kepada jalan cerita tidak terganggu.
4. Penyusunan jalan cerita perlu lebih memfokuskan kepada watak utama kerana apa yang dipersembahkan tidak se gah tajuk teater tersebut. Watak Siti Zulaikha perlu diperbesarkan dan terkehadapan berbanding watak lain terutamanya watak Sultan Zainal Ulung.
5. Peranan iklan jangan dianggap sepi kerana ianya merupakan satu alat promosi yang kuat untuk menarik penonton ke panggung. Saya sendiri hanya mengetahui tentang teater ini melalui mulut sahaja tanpa ada apa-apa bahan iklan yang tertera dimana-mana.
6. Sungguhpun teater ini dipersembahkan secara percuma, sistem tiket perlu diperkenalkan untuk kemudahan penonton serta mengelakkan suasana panggung yang penuh sesak. Jika jumlah penonton yang melebihi jangkaan ataupun tempat duduk yang disediakan, adalah lebih baik jika diulang teater tersebut selama beberapa malam sepertimana yang dilakukan di Istana Budaya.
Segala pandangan yang dilemparkan adalah satu teguran ikhlas dari saya yang menonton teater tersebut tempoh hari.
Semoga di masa hadapan, teater yang dipersembahkan akan lebih cemerlang dan menarik minat setiap golongan di Perak.
6 comments:
pertama:nak tahu tarikh, tajuk dan tempat sesuatu teater itu nak di mainkan macamana?
Kedua : sekali saya pandang melalui gambar diatas, sepatutnya watak siti zulaikha ini dilakonkan oleh wanita yang lebih angun dan cantik rupawan, barulah kena dengan namanya siti zulaika dan wataknya heroin. (maaf kalau menyinggung sesiapa)
xsopan rasanya menilai sesorang itu dari sudut fizikalnya. rupa yang menawan sekalipun jika lakonan yang kurang berkesan yang di pamerkan akan menimbulkan masalah lain. tahniah kepada barisan krew dan pelakon yang telah menjayakan persembahan amal ini.
afenz, salah sorang produksi yang terlibat pementasan Siti Zulaikha. Secara tulus dan ikhlasnya, pementasan ini ada pro dan kontra.Buang yang keruh ambil yang jernih, natijah dari pementasan ini telah mengetengah serta memberi ruang antara yang muda dengan dewasa, peluang yang diwujudkan pula menyemai benih-benih semangat seni serta mengajak golongan muda mewarisi iltizam ketuanan santun melayu. Memang mudah menunding jari, tapi sedarkah kita akan beban yang ditanggung? Soal kata lidah boleh bohong! soal rasa.... pementasan ini telah memenuhi kehendak dari nilai estetika dan keperluan dalam bidang bangsawan. Siapa lagi kalau bukan kita sama menjadi barisan hadapan dalam mewarisi dan mempertahankan warisan jati melayu.
Alhamdulillah,
Apa yang di rancang dapat di laksanakan dengan penuh tanggungjawab dari semua pihak yang terlibat.Semoga Allah SWT memberkati usaha kami semua.
First: Saya ucapkan Jutaan terima kasih kpd Abg Ajijoi cz sudi hadir dan menyaksikan Bangsawan Siti Zulaikha dari awal hingga ahkir pementasan.Bukan mudah untuk mengekalkan semua penonton, menonton sehingga tamat pementasan...
Second: Memang tanggungjawab sebagai pengarah / sutradara untuk memastikan semua perjalanan cerita teratur dan mengikut jadual.kadang - kala terlanjur di sebabkan masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan,ini lah risiko pementasan secara langsung tanpa ada trik kamera seperti Drama dan Filem... "CUT"
Third: Jika kerjasama dari pihak berwajib tidak dapat di gemblingkan maka mslh pengiklanan akan menjadi igauan ngeri setiap Produksi.kerana hebahan tidak sampai hingga sasaran mahu pun akar umbi...
Mmg menjadi harapan setiap pengarah / sutradara dalam memilih pelakon yang tepat dengan wataknya tetapi apa kan daya apabila di atas pentas...macam macam perkara yang tidak di duga berlaku kerana semasa latihan lain jadinya, cukup berbeza semasa pementasan.Lagi pula memberi peluang kepada yang baru memegang watak yang penuh trill.
Akhir sekali utk abg ajijoi,segala komen dari abg ajijoi mmg sy nantikan dan hargai kerana tanpa abg ajijoi maka saya tidak ketahui di mana kelemahan yang terbentang luas di mata penonton...Untuk melangkah sejuta perjalanan maka langkah pertama perlu di laksanakan,bila langkah pertama di gerak maka langkah kedua akan menyusul...TERIMA KASIH BUAT ABG AJIJOI SEKELUARGA KERANA MENYOKONG PENUH DALAM PEMENTASAN BANGSAWAN SITI ZULAIKHA DARI SUTRADARA JEBAT...
Kepada...
komentator yang lain pula,renungkan bersama - sama,
BUAH CEMPEDAK DI LUAR KOTAK,
BUAH DURIAN PENUH BERDURI ,
KAMI SEMUA BARU MERANGKAK,
JANGAN BUNUH SEMASA BERDIRI.
TERIMA KASIH KERANA PRIHATIN,
MENEGUR SAYA MEMILIH PELAKON,
BUKAN MUDAH UNTUK "MAINTAIN",
KALAU SEMUA CANTIK DAN ANGGON.
WALAUPUN SAYA ANAK PANGGUNG,
HANYA UNTUK MENGHIBUR PENGUNJUNG,
BUKAN BERMAKSUD UNTUK MEYINGGUNG,
HANYA SEKADAR UNTUK DI RENUNG.
GELAK KETAWA SEMUA PENONTON,
MELIHAT TELATAH TAUKE PANGGUNG,
BUKAN MUDAH UNTUK "TRAIN" PELAKON,
KEKADANG KAMI PULA YANG TAK TERTANGGUNG.
BUKAN MUDAH "TRAIN" PELAKON,
ADA YANG BAIK ADA YANG NAKAL,
SETIAP MALAM BERLATIH BERLAKON,
SEMUA TEKNIK TERMASUK VOKAL.
SITI ZULAIKHA NAMA PEMBERIAN,
WAJAH AYU HANYA HIASAN,
MENCARI IKHLAS DALAM PANDANGAN,
AGAR BANGSAWAN DUTA PELANCONGAN.
NEGARA ULUNG NEGARA PANJI KAYANGAN,
BUKAN SEKADAR DALAM HAYALAN,
MARI BERSAMA FIKIR DAN RENUNGKAN,
PERJUANGAN HARUS DI TERUSKAN.
SYIAR ISLAM PERLU DI TERUSKAN,
WALAUPUN PENUH DENGAN CABARAN,
KAMI DI SINI SENTIASA DAHAGAKAN,
PEJUANG BANGSA MENUNTUT KEADILAN.
HIDUP IBARAT SERIBU TAHUN,
MATI IBARAT ESOK MENJELMA,
TERUSKAN PERJUANGAN PENUH SANTUN,
AGAR HIDUP DI BERKATI SELAMANYA,
SITI ZULAIKHA BERSOPAN SANTUN,
KEKASIH HATI ZAINAL ULUNG,
KALAU MASIH INGIN MENONTON,
TUNGGULAH KAMI DI LAIN TAHUN.
PERTUBUHAN TEATER KLASIK NAMA DI BERI,
BARU BERUMUR TAK SAMPAI SEZAMAN,
SALAH DAN SILAP MOHON DI MAAFI,
AGAR TERJALIN PERSAHABATAN SEPANJANG ZAMAN.
AKHIR KALAM
BERUSAHA , BERDOA DAN BERTAWAKAL
PASTI ALLAH SWT MEMBANTU...
JEBAT
LAKSAMANA AGAR DIRAJA
salam to all..
pertama sekali, jutaan terima kasih kepada empunya blog ni..
saya sebagai salah seorang pelakon dalam pementasan bangsawan Siti Zulaikha, mewakili semua yg terlibat, mengucapkan jutaan terima kasih skali lagi kepada saudara ajijoi kerana memberi sokongan kepada pementasan teater kami..
sebenarnya kami semua adalah orang baru dlm seni bangsawan ini..majoriti antara kami tidak pernah menjejakkan kaki ke dlm "bangsawan" ini...
mmg tidak dinafikan, kami berdepan banyak masalah dalm menjayakan pementasan ini..
bagi yg terlibat sahaja yg akan tahu bagaimana susah payahnya kami menjayakannya..
hingga pementasan akhir pn, masih ada kesilapan2 yg berlaku.
tp itu biar kami sahaja yg tahu..
tp yg pentingnya, kami dapat menjayakan sehingga tamatnya tanpa sebarang masalah besar kepada kami dan para penonton semua..
kami yg cetek ilmu tentang bangsawan ini, memohon sejuta kemaafaan kepada sesiapa yg menonton pementasan kami, jika kami tidak dapat mementaskan apa yg diharap2 kan oleh semua yg hadir..
skali lagi, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada saudara ajijoi, dan semua yg terlibat dlm pementasan siti zulaikha..
terima kasih..
0-joop_travis-
Assalamualaikum to all muslims n salam sejahtera... saya juga salah seorg daripada pelakon dan pelapis muda teater bangsawan seperti Joop, specific lagi saya membawa watak sebagai salah seorang dayang Siti Zulaikha...
1st of all a thanks to ajijoi coz sudi menyiarkn tntang blog TEATER CT ZULAIKHA.
2ndly, a million thanks to Jebat, Aduka, Kak Yan n Kak Ana for being so nice n taught us so much things in Bangsawan.. walaupun kami b'lima nakal dan tak serious, tpi kami tak pernah dilayan buruk oleh mereka... Jebat n Aduka da Best...
to pembntu sutradara 2, ko mmg best Nor Shuhada Binti Hassan.. ko mmg tak giler kuase...
walaupun student unisel dan Pertubuhan Teater Klasik Perak tak pernah bjmpe dan b'krjasama sebelum ni, tapi hubungan kami tak ubah seperti sebuah family.. dan kerana teater ini juga tlh m'lahirkan cinta kami trhadap Teater klasik..
Segala masalah aduka tanggung,
Segala keperluan Jebat sedaiakn,
Kami budak Setahun jagung,
salah dan silap harap dimaafkan.
Walaupun hari bersilih ganti,
Jasa kak Yan tidak kami lupakan ,
Kerana teater kami jatuh hati,
sedia berkhidmat jika diperlukan..
Post a Comment