Sunday, July 19, 2009

Taklimat Pengurusan Penerangan Pas Gopeng


IPOH (19.07.09): Satu taklimat pengurusan penerangan Pas kawasan Gopeng dan majlis tindakan dun N43 Sg Rapat di Markas Tarbiyah Pas Kaw. Gopeng, Rapat Setia, Ipoh.

Seluruh ketua penerangan dan AJK penerangan UPU, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Cawangan telah dijemput untuk menghadiri taklimat ini dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.


YDP Pas Kawasan Gopeng, Haji Abd Rahim Md Ariff telah menyempurnakan perasmian majlis taklimat tersebut.

Di dalam ucapannya, beliau menegaskan betapa pentingnya tugas ketua-ketua penerangan daripada peringkat cawangan sehinggalah peringkat negeri dalam menyampaikan mesej dan arahan parti kepada ahli dan juga masyarakat setempat.

Banyakkan membaca dan latihan berucap di hadapan khalayak ramai, pesan Hj Rahim kepada peserta taklimat yang juga ketua penerangan. Dengan dua perkara ini, kerja-kerja penerangan akan menjadi lebih mudah dan berkesan dalam menyampaikan mesej Pas kepada masyarakat.

Persepsi masyarakat mengenai Pas yang mengatakan bahawa Pas adalah sebuah parti yang kuat dan berprinsip mestilah diterjemahkan ke dalam gerak kerja yang baik dan tersusun rapi bagi memantapkan lagi kekuatan parti Islam ini.


Ust Omar Nasarfudin, Ketua Penerangan Pas Kaw. Gopeng bertindak sebagai pengerusi majlis.

Imam Kamallulail membentangkan kertas kerja mengenai dasar dan falsafah lujnah penerangan.


Bang Mat dengan gaya menyergah KTM (Ketua Tempat Mengundi) semasa membentangkan kertas kerja PACA (Polling Agent, Counting Agent).

Hj Mat Razalli memberikan senario-senario yang biasa dihadapi semasa petugas-petugas bilik mengundi menjalankan tugasan bersama dengan KTM dan juga kakitangan SPR.

Maklumbalas daripada hadirin juga memberikan gambaran positif terhadap kursus Paca yang akan diadakan di UPU-UPU yang terlibat.


Pembentangan kertas kerja seterusnya oleh Sdr Badrin, Setiausaha Majlis Tindakan Dun Sg Rapat.

No comments:

Followers