Friday, July 10, 2009

Pelajar Unisel mahu Rosmah digugurkan dari Canselor

Lagi gema gugurkan Rosmah di Unisel

Keinginan menggugurkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bergema semula malam tadi di satu majlis yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para pelajar yang menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Datuk Seri Najib apabila diajukan isu tersebut.

NONEHanya seorang pelajar yang mengangkat tangan apabila Anwar bertanya sama ada wajar wanita pertama negara dikekalkan sebagai canselor Unisel - seperti ditegaskan menteri besar, tahun lalu.

Menurut laman web penyokong mantan timbalan perdana menteri itu, isu itu berbangkit semula apabila seorang daripada lebih 2,000 pelajar mengemukakan cadangan menukar naib canselor mereka kini.

"Seluruh pelajar Unisel bertepuk menyatakan persetujuan," satu coretan blog Anwar Ibrahim Club (AIC) dipetik.

Susulan cadangan itu dalam sesi soal jawab selepas ucapannya selama sejam, Anwar kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Rosmah diganti agar mengangkat tangan tanda bersetuju.

NONE"Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka," laporan blog itu dipetik.

Timbalan pengarah progam tersebut Maisarah Ismail, yang membangkitkan cadangan kontroversi itu, memberitahu Malaysiakini lewat petang ini bahawa majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar itu diadakan bagi menggalakkan pelajar lebih terbuka menggerakkan politik kampus.

NONEPelajar tahun akhir diploma sains perpustakaan, yang juga exco AIC, berkata ia juga bertujuan menggalakkan pelajar Unisel lebih berani bersuara tentang isu-isu semasa, termasuk isu dalam kampusnya di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Unisel, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam dan sekumpulan pensyarah.

Desakan yang sama pernah disuarakan oleh pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat awal November lalu tetapi ia segera ditolak oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar Pakatan Rakyat.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, melantik Rosmah sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Ia diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.

-malaysiakini

Ajijoi ~ Salah satu daripada budaya Umno ialah melantik seseorang memegang jawatan tanpa kelayakan. Asalkan orang itu berpengaruh di kalangan Umno, jawatan setinggi mana pun perlu diberikan kepada mereka. Layak atau tidak, lain cerita.

Pelajar-pelajar Unisel kini telah berani bersuara menuntut hak mereka. Inilah sikap dan budaya yang perlu diterapkan agar mereka keluar menjadi pemimpin yang menegakkan keadilan di masa hadapan.

Nasib baik Unisel, kalau U ni set__, kan susah tu.


1 comment:

Unknown said...

Salam sejahtera semua,

Saya nak beri respons sedikit

1Kepada pelajar-pelajar unisel yg membaca tulisan saya- tak usah masuk campurlah urusan politik begini, akibatnya badan binasa. Kalau pengiktirafan terhadap ijazah unisel ditarik balik bagaimana kamu? Masa tu ds anwar tu pasti akan cuci tangan. Kamu semua kena ingat unisel tu IPTS bukan macam 20 IPTA yg lain.

2Kepada si tua nyanyuk dan tolol pula, jangan perjudikan nasib ribuan pelajar di unisel dengan perkara-perkara yg bodoh dan mengelirukan. Unisel tak perlu dipolitikkan. Itu tempat anak-anak kita belajar bukan berpolitik. Bila dah keluar dari unisel nanti ajaklah mereka(bekas pelajar) tu berpolitik.

3Jangan perjudikan nasib anak-anak muda pelbagai kaum itu, terutamanya pelajar Melayu.

massmerah

Followers