Thursday, July 16, 2009

Berhati-hati memandu di kawasan perumahan

Ini bukanlah Autobots daripada Transformers.

IPOH (16.9.09): Semasa dalam perjalanan pulang daripada mengambil anak di sekolah agama rakyat jam 6.15 petang tadi, terlihat orang ramai sedang berkumpul di Lebuh Semangat 1, Taman Rapat Indah menghala ke Jalan Sepakat.

Apabila saya mendekati kawasan tersebut, rupa-rupanya satu kemalangan baru saja terjadi. Kelihatan beberapa orang pekerja kereta penunda sedang mengusahakan untuk menunda sebuah kenderaan Perodua Kenari yang remuk teruk dibahagian belakang dan juga depan.



Menurut cerita orang ramai yang berada disitu, kereta kenari ini memang diletakkan di bahu jalan dihadapan rumah tuan punya kereta.

Tiba-tiba, sebuah kereta Toyota Unser (gambar atas sekali) yang hilang kawalan telah melanggar belakang kenari tersebut dengan kuat sehinggakan kenari itu merempuh sebatang pokok yang berada dihadapannya.



Hentakan yang kuat telah menyebabkan bahagian belakang dan hadapan kenari tersebut remuk. Kesan hentakan yang kuat itu jelas kelihatan pada pokok tersebut.

Mujurlah tiada yang tercedera didalam kejadian tersebut.

Menurut isteri saya, semalam telah berlaku satu pelanggaran di antara sebuah motosikal dan juga basikal di jalan yang sama. Anak sekolah yang menunggang basikal telah terjatuh akibat berlanggar dengan motosikal tersebut.

Sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga anda, berhati-hatilah apabila memandu di dalam kawasan perumahan. Perlahankan kenderaan anda kerana keadaan jalan yang sempit akibat banyak kenderaan yang dilatakkan dibahu jalan dan anak-anak yang bermain dihadapan rumah mereka.

Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama Al-Hidayah juga seringkali memandu dengan laju terutamanya apabila telah terlewat. Keselamatan diri sendiri serta orang lain perlu diutamakan apabila memandu di dalam kawasan perumahan.

No comments:

Followers