Wednesday, July 8, 2009

Ikon pelancongan baru Melaka ditemui mati

Beruk Mek Wok mati



KERATAN Kosmo! 4 Julai 2009.


MELAKA – Belum pun sempat membantu mempromosikan negeri ini, Mek Wok – yang merupakan beruk pertama diterima untuk membantu usaha kerajaan negeri menjadikan aktiviti memetik buah kelapa sebagai tarikan terbaru pelancongan di Melaka – didapati mati pagi Ahad lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau sedih dengan kematian beruk betina berusia hampir tiga tahun yang baru diterimanya itu.

“Jumaat lalu, saya menerima Mek Wok dan ia sempat memetik buah kelapa di rumah saya.

“Tiba-tiba dua hari selepas itu, Mek Wok mati sebelum ia sempat mempromosikan aktiviti memetik buah kelapa yang dirancang menjadi satu lagi produk pelancongan di negeri ini,” katanya di sini semalam.

Ajijoi ~ Jika diamati gambar diatas, janganlah sampai terkeliru di antara tajuk 'Aksi Beruk Melaka gamit pelancong' dengan gambar yang disajikan. Jangan sampai tersilap pilih yang mana satu dimaksudkan oleh tajuk tersebut.

Satu dah mati, tinggallah yang satu lagi tu menggamit pelancong ke Melaka.

Yang pastinya, kes rasuahnya sudah pasti menggamit SPRM untuk berkunjung menyiasat ke Melaka.


1 comment:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

aku rasa beruk yang mati tu lagi mulia daripada yang dok pegang tali beruk tu ( baju putih tu la).

Sebab apa, beruk yang mati tu sah-sah tak makan rasuah, tapi makhluk berbaju putih yg dok pegang tali beruk tu sah-sah makan rasuah.

So mana yang lebih mulia, beruk yang tak makan rasuah kah, atau manusia yang makan rasuah?

Followers