Sunday, July 19, 2009

MyCause Photography Workshop


IPOH (19.07.09): Kursus yang diberi nama 'Mycause Photography Workshop' anjuran CIMB Bank Berhad telah menampilkan seorang jurugambar profesional, Amri Ginang bagi memberikan tunjuk ajar untuk mengambil gambar dengan lebih cantik dan berkesan.

'MyCause' adalah pertandingan fotografi anjuran CIMB Foundation bagi membantu dan membiayai keperluan mana-mana golongan yang dipaparkan oleh foto yang diisytiharkan pemenang. Peraduan ini terbuka kepada individu, ngo dan juga pelajar.


Amri Ginang telah memberikan penerangan yang santai dan bersahaja, namun amat bermakna kepada penggemar fotografi yang hadir pada hari ini.

Idea dan tips yang dilontarkan olehnya telah memberikan pengajaran dan pengalaman baru buat saya dan hadirin sekalian.


Ramai penggemar fotografi yang hadir memberikan sepenuh tumpuan terhadap tunjuk ajar dan cara-cara mengambil gambar yang betul.


Hadirin terpegun dengan 'magic' yang ditunjukkan oleh Amri. Photoshop banyak membantu di dalam menghasilkan gambar-gambar bermutu dan berkualiti yang boleh membawa pulangan yang lumayan andaikata kita berjaya menguasai penggunaan Photoshop dengan baik.


Amri juga tidak kedekut ilmu apabila menjawab setiap soalan hadirin dengan gayanya yang tersendiri. Pengalamannya selama 30 tahun di dalam bidang fotografi telah membawanya mengembara ke serata dunia untuk mengambil gambar.

Master at his work.

Kamera yang digunakan oleh Amri berharga RM125,000 dan berkeupayaan 39Mega Pixel.

Kesemua hadirin bergambar bersama Amri Ginang di Hotel Syuen sebagai kenangan.

4 comments:

prblogger said...

wah..hasselblad idamanku..best tu hasselblad...gambar memang cantik kalau hasselblad..

prblogger said...

Ni modelnya.. http://www.hasselbladusa.com/products/h-system.aspx

shamsuleffendey said...

Alamak padan arr makin gempaq gambaq dalam nih. dah melangkahg deras ke alam pro upernyer...

leh kongsi tips x bro?

Azizul Nizam said...

takde jugak pro nya.
saja suka-suka.
kalau gambor cantik, tengok pun syok sikit.

Followers

Video ajijoi

Loading...