Tuesday, July 28, 2009

Perpaduan Antara Kerajaan Ya, Antara Parti Tidak – Tuan Guru Nik Aziz

Kota Bharu, 27 Julai 2009. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah mahukan perpaduan dan kerjasama diantara UMNO dan PAS.

Ketika bercakap kepada PAS TV pagi ini di pejabatnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan Pusat seperti yang diamanahkan dan atas dasar itu beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.

“Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,” kata Nik Aziz.

Semangat Federalisme
Menteri Besar Kelantan itu menegaskan apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin didalam perlembagaan. Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan telah menyekat hak-hak Negeri Kelantan dalam banyak aspek.

Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme. Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan.

Selepas pilihanraya umum ke 12 bila 5 negeri di Semenanjung Malaysia tidak lagi ditadbir Barisan Nasional, pihak Kerajaan Persekutuan tidak insaf dengan penolakan rakyat terhadapnya sebaliknya semakin galak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan negeri-negeri tersebut secara tidak demokratik.

Kerajaan Negeri Perak berjaya ditumbangkan pada Februari 2009 dan kini Barisan Nasional menggunakan jentera-jentera Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Selangor.

Baca seterusnya [klik]

-blogtokguru.com

2 comments:

AnTi AljUbuRi said...

Bertambah haru jadinya ..

Pusat di takbir oleh Umno
Negeri ditakbir oleh PAS

Kerjasama antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan antara Umno dengan PAS .. macam mana yer ..

Kerja Umno nak tumbangkan PAS dan kerja PAS nak hapuskan Umno .. nak kerjasama tang mana ??

Secara tak langsung mereka tu nampak macam bermusuh.. hingga tak mahu bermuafakat dalam mentadbir negeri demi kesejahteraan rakyat. Di mata PAS parti melayu Umno lebih teruk dari parti kafir DAP.

Setahu aku dalam negeri tadbiran pembangkang, pusat mewujudkan ajensi persekutuannya sendiri dan menyalurkan bantuan untuk rakyat melaluinnya .. tak heran kalau difikirkan, takkan dia nak bagi peruntukan melalui musuhnya ..

Semangat federalisma boleh diterima, tapi semangat demokrasi masih keliru lagi. Rakyat telah memberi mandat, mahu tak mahu Umno mengetuai kerajaan, tapi saban hari dan malam kerajaan itu diserang habis habisan, suara majoriti umpama dinafikan .. dalam keadaan kita tidak berlaku adil, kita mahu orang berlaku adil dengan kita..

Caca marba ini berpunca apabila orang Islam larut dalam fahaman demokrasi ciptaan barat !! Sesat barat jadinya .. lebih lebih lagi bila fahaman matlamat menghalalkan cara .. inilah jadinya... rakyat makin keliru, tok guru menjadi haru ...

anakmuaallaf said...

Salam,

Bukan sekali Pas menjadi mangsa kerakusan kuasa BN.

Dasar perjuangan PAS dan BN totally berbeza bagaimana nak bekerjasama dalam parti?

Perpaduan antara kerajaan hanyalah dalam urusan rasmi sahaja.Urusan pentadbiran semata-mata.

Followers

Video ajijoi

Loading...