Monday, July 13, 2009

Janji jambatan 'usaha terdesak BN' - Salahuddin Ayub


Janji membina jambatan jika BN menang di Manek Urai yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin "usaha terdesak untuk mendapatkan undi", kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Beliau telah melihat pengundi tidak menyebelahi mereka, tetapi jambatan bukan masalah utama kepada penduduk Manek Urai," katanya kepada Malaysiakini.

Janji-janji pembangunan yang dimainkan oleh BN di Manek Urai tidak berkesan kerana rakyat tahu ia hanyalah kempen politik, tambahnya.

"Janji pembangunan ini bukan perkara baru, BN berjanji perkara yang sama semasa pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

"Di sana, BN janji pembangunan tetapi akhirnya mereka kalah juga," kata ahli parlimen Kubang Kerian.

Salahudin diminta mengulas kenyataan timbalan perdana menteri untuk membina jambatan baru berharga RM7 juta di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, kata naib presiden Umno itu, ia dibina dengan syarat pengundi memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Ditanya kenyataan ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bahawa lebih 50 peratus pengundi Manek Urai akan mengundi Tuan Aziz, Salahuddin berkata, tinjauan sikap pengundi tidak boleh diterima.

"Kita boleh membuat analisis dan tinjauan, tetapi penentuannya akan diketahui esok (hari mengundi).

"Trend pengundi hari ini di Manek Urai kini lebih memihak kepada PAS," katanya, sambil menambah sikap pengundi Kelantan berbeza kerana hari ini mereka berkata menyokong tetapi akhirnya mereka mengundi parti lain.

-malaysiakini

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...