Thursday, July 9, 2009

Sebab Ust Nasha tiada di Manek Urai


Nasharuddin ditahan di Hospital Serdang, kempen calon PAS Sabtu

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang tidak muncul dalam pilihan raya kecil Manek Urai setakat ini akan berkempen untuk calon parti itu Sabtu ini.

Sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.

Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.

Beliau menjalani pembedahan kecil itu bermula 9 pagi tadi. Ia dijangka berlarutan kira-kira sejam.

"Memang ada usaha menghalang beliau daripada berkempen dan keputusan meminta Nasharuddin tidak turun Manek Urai.

"Tetapi beliau tidak ke Manek Urai bukan kerana keputusan itu tetapi kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini," katanya sumber itu kepada mStar Online.

Selasa lalu, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, mereka tidak pernah meminggirkan Nasharudin daripada senarai penceramah di Manek Urai.

“Kita buat jadual ceramah hari-hari. Kalau beliau (Nasharuddin) datang baru kita masukkan dalam jadual.

“Mungkin juga dia (Nasharuddin) segan nak mari,” kata beliau di Kuala Krai.

Ekoran isu kerajaan perpaduan, Nik Aziz menggesa Nasharuddin supaya keluar PAS dan menyertai Umno.

Namun pada 23 Jun lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Nasharuddin.

Sejak itu Nasharuddin yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS bual kali kedua awal Jun lalu jarang muncul dalam majlis awam anjuran partinya.

No comments:

Followers