Saturday, July 4, 2009

Pemuda Umno Perak enggan bertemu - DPP Perak


IPOH (3.7.09): Liqa' Fikri yang pertama bersama pimpinan Dewan Pemuda Pas yang baru telah berlangsung di Pejabat Pas Negeri Perak malam ini.

Kehadiran saf pimpinan DPP dari seluruh Perak memenuhi dewan mesyuarat.

Pimpinan Dewan Pemuda Pas yang baru telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan pertemuan dengan tiga pihak bagi membawa panji-panji dakwah bersesuaian dengan seruan Nabi, demikian menurut kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Ust M. Nuri.

Pertemuan yang disyurakan itu adalah bertujuan hanya untuk memperkenalkan pimpinan pemuda Pas negeri yang baru.

Tiga pihak yang dimaksudkan adalah Pergerakan Pemuda Umno Perak, Tan Sri Mufti Dr Harussani Zakaria dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Pergerakan Pemuda Umno Perak telahpun memberikan kata putus bahawa enggan bertemu manakala pertemuan bersama Mufti Perak yang sepatutnya berlangsung petang tadi telah diminta tangguh kesuatu masa yang lain oleh pihak Mufti Perak sendiri.

Suatu yang menarik adalah apabila pihak Raja Muda telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan meminta senarai biodata pimpinan DPP Perak seramai 8 orang sebelum menetapkan tarikh pertemuan tersebut.


Ust Azhar Saud yang mewakili mantan pimpinan DPP Perak yang telah menjangkau usia telah menyampaikan pesanan kepada pemuda agar meneruskan istiqamah didalam perjuangan serta merujuk beberapa kisah daripada buku 'Road to Mekah' sebagai iktibar.

Sungguhpun mengakui belum puas untuk berkhidmat bersama Pemuda, tetapi semangat juang bersama Islam akan dibawa ke dalam saf pimpinan Pas Negeri.

Ust Zawawi yang dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pemuda Pas Perak yang baru menyampaikan amanat kepada Pemuda.


Pelbagai program dan gerak kerja akan dilancarkan oleh pimpinan Pemuda dengan restu pimpinan Pas Negeri yang diketuai oleh Ust Abu Bakar Hussin sebagai Pesuruhjaya Pas Perak yang baru.

No comments:

Followers