Friday, July 10, 2009

Sikap kurang ajar MSO bila kata Tok Guru Nik Aziz meraban


Agak keterlaluan dan kurang ajar apabila MSO mengatakan bahawa Tok Guru Nik Aziz meraban.

Dendam kesumatnya kepada Tok Guru Nik Aziz tidak dapat dibendung lagi. Meletup-letup kritikan dan hamburan kata-kata yang kurang enak dilemparkan kepada Tok Guru Nik Aziz melalui tulisan Marah Jumaat di blognya hanya demi mempertahankan Ust Nasharudin Mat Isa yang menjadi sanjungannya selama ini.

Bagai nak rak dia berkempen untuk memenangkan Ust Nasha, dan kini dia merasakan apa yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz terhadap Ust Nasha sudah melampaui batas lalu Tok Guru Nik Aziz dijadikan bahan lepas geramnya.

Marahnya terhadap Husam Musa mungkin masih membara dan kini giliran Tok Guru Nik Aziz pula yang menjadi sasaran terbaru amarahnya.

Sudah lama saya perhatikan tulisannya di blog Merah Tinta MSO. Beliau adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk penerbitan akhbar Siasah, namun begitu, agak pelik apabila seringkali menggunakan laman blognya sebagai tempat untuk menyerang pimpinan Pas.

Dan tulisan (kritikan) terbarunya itu disambut gembira oleh golongan gerombolan dengan menyokong serta berterima kasih kepadanya melalui ruangan komen yang disediakan.

Jika Pas masih lagi menyimpan MSO di Pejabat Pas dan juga Siasah, amat mudah sekali kerja pihak gerombolan untuk memecah-belahkan pimpinan Pas sepertimana yang berlaku di dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Dan tidak mustahil juga kerja-kerja menjayakan Kerajaan Perpaduan akan digerakkan secara senyap-senyap oleh penulis ini yang disifatkan sebagai api didalam sekam.

Nasihat saya kepada MSO agar berhati-hatilah apabila menulis tentang Tok Guru Nik Aziz kerana Allah maha mengetahui akan perbuatan hamba-hambanya.

No comments:

Followers