IPOH (28.06.09): Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan Road Show Ceramah Bubar Dun Perak di Dewan Dato Ahmad Said, Kg Sg Rokam, Ipoh malam Isnin yang lalu.
Penceramah-penceramah daripada Pas, PKR dan juga DAP menyampaikan serta menerangkan tentang kempen Bubar Dun Perak yang sedang dijalankan bagi membolehkan hak rakyat untuk memilih kerajaan mereka dikembalikan sekaligus menamatkan kemelut politik yang melanda negeri Perak hari ini.
Namun begitu, kehadiran orang ramai yang memenuhi dalam dan luar dewan agak sedikit terkilan apabila penceramah daripada DAP tidak dapat hadir kerana pertindihan program ceramah yang melibatkan parti Pakatan.
Sungguhpun demikian, ruang masa yang agak panjang diberikan kepada penceramah-penceramah yang hadir untuk menjelaskan dengan panjang lebar tentang keperluan dan kepentingan dun Perak dibubarkan.
Sdr Radzi Zainon menyampaikan ceramahnya.
Sdr Omar Safuddin bertindak selaku pengacara majlis.
Sdr Omar Safuddin bertindak selaku pengacara majlis.
No comments:
Post a Comment