Friday, July 24, 2009
Imam muda vs Imam tua
Hari ini berkesempatan bersolat Jumaat di Masjid Jalan Diary, Ipoh.
Seronok rasanya sebab Imam muda yang memberikan khutbah dengan penuh bersemangat dan lancar bagaikan memberi ceramah agama. Pertama kali saya menyaksikan Imam yang sedang membaca khutbah menegur budak-budak yang membuat bising dibarisan belakang sekali.
Berbanding dengan Imam tua di masjid yang selalu saya pergi tu, khutbahnya DIBACA. Kekadang tersangkut-sangkut dan seakan-akan tidak menghayati khutbah yang disampaikan.
Itulah beza nyata di antara Imam yang memang mempelajari ilmu untuk menjadi imam sedari muda dengan Imam yang dilantik diantara orang-orang pencen yang selalu ke masjid ataupun sehaluan politik dengan AJK masjid.
Imam juga berperanan untuk menarik makmum untuk bersolat. Jika sesuatu masjid dan surau itu berimamkan seseorang yang kurang disenangi oleh makmum, amat malanglah masjid ataupun surau itu. Dan andainya seorang Imam yang begitu disenangi oleh orang ramai dan makmum, pastilah ramai yang mengimarahkan masjid dan surau tersebut.
Labels:
pendapat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SAYA pun solat jumaat kat masjid tersebut..imam tersebut mmg lantang ketika berkhutbah mmg enak dihayati tdk spt sesetengah imam yg hanya membaca teks maka kurang mnrik khutbah tersebut...sedara ajijoi mmg selalu solat jumaat kat sana yer
Selalunya saya solat jumaat di masjid berhampiran dgn rumah saya. Kekadang mengikut teman-teman ke masjid negeri. Masjid jln diary ni kekadang je. kalau cuti.
Post a Comment