Friday, July 10, 2009

Undian PPSMI diblog Che Det tidak boleh diambil kira


Mengapa saya berkata demikian?

Rata-rata pengunjung blog Tun Mahathir tersebut yang melakukan undian menyokong mahupun membantah keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tidak mewakili suara rakyat keseluruhannya kerana capaian blog Che Det adalah kebanyakannya penduduk kawasan bandar.

Bagaimana pula dengan suara dan pendapat penduduk luar bandar yang majoritinya tiada kemudahan melayari internet, apalagi mengundi di dalam blog Che Det?

Undian yang dilakukan oleh Tun Mahathir ini hanyalah usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah disamping memelihara nama beliau selaku orang yang memulakan langkah PPSMI ke sekolah-sekolah melayu.

Jika ternyata undian terbanyak yang menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI, ini akan dijadikan modal dan alasan untuk memaksa kerajaan meneruskan PPSMI dan dimasa yang sama membuktikan kepada rakyat Malaysia dan Melayu terutamanya bahawa keputusan beliau memperkenalkan PPSMI semasa memegang jawatan Perdana Menteri dahulu adalah satu langkah yang tepat dan betul.

Tun Mahathir merupakan seorang yang cukup licik di dalam berpolitik. Cukuplah 22 tahun beliau memerintah Malaysia, janganlah beliau diberi peluang sekali lagi untuk mencaturkan nasib rakyat negara ini terutamanya anak-anak bangsa Melayu yang digadai masa hadapan mereka melalui PPSMI.

85 peratus undian di Blog Che Det, mengundi agar PPSMI tak dimansuhkan

2 comments:

EQUILIBRIUM said...

hehehehe teman tk berapa nak percaya kalau poll di blog mahathir ni. pencacai2 mahathir sanggup buat apa saja. kalau terpaksa berjaga siang malam melawat laman proxy supaya boleh vote beribu kali pun puak2 ni sanggup.

teman rasa si parpukari mesti sanggup buat mcm tu utk meyokong bekas pm pujaan beliau.

mosabit said...

ini sudah kes giler talak beb...talak 3 pulak tu...
ini maday kena cari cina buta untuk kawin balik janda dia ...
yg sudah tu sudah lah...
Apakah yg paling jauh dalam kehidupan di dunia ini?...Jawapan nya ialah MASA LALU.....

Followers