Tambang pengangkutan awam naik
KUALA LUMPUR - Tambang semua jenis pengangkutan awam melibatkan perkhidmatan bas ekspres, bas henti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa dinaikkan antara 30 dan 50 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Kenaikan itu bermakna semua pengguna akan dikenakan kadar tambang baru dari 2 sen sehingga RM7 mengikut kelas pengangkutan dan jarak yang ditetapkan bagi Semenanjung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kadar tambang pengangkutan awam disemak semula memandangkan kadar sekarang diguna pakai sejak Mei 2005.
"Penentuan kadar tambang tersebut telah mengambil kira inisiatif dan subsidi yang diberikan kerajaan untuk membantu sektor pengangkutan awam.
"Pada masa yang sama pertimbangan juga dibuat untuk mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikan tidak membebankan," katanya pada sidang akhbar di sini selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 penerima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.
Kenaikan 1.2 sen hingga RM31.70 mulai Ogos
2 comments:
... Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kadar tambang pengangkutan awam disemak semula memandangkan kadar sekarang diguna pakai sejak Mei 2005....
MMmmm...jika dikira begitu, menteri-menteri yang dah out-of-date tu boleh di 'semak' semula jugalah! Kan adil begitu?
Betul-betul-betul kata Upin dan Ipin.
Post a Comment