Sunday, June 28, 2009

Tok Mufti bukan ahli politik?


Jika Mufti Perak, Harussani menyedari bahawa dirinya bukan ahli politik, mengapa tindak-tanduk beliau yang selalu mengeluarkan kenyataan berbaur politik?

Dahulu, Tok Mufti pernah menyatakan bahawa politik hendaklah ditinggalkan di pagar masjid apabila memasuki masjid. Bermakna politik tidak boleh dicampurkan didalam ibadat dan agama Islam.

Terkadang kenyataan Tok Mufti kita membayangkan bahawa beliau lebih Umno daripada Umno.

Henti kritik Mufti Perak beliau bukan ahli poltik, kata Dr Zambry

SERI ISKANDAR: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari meminta PAS berhenti mengkritik Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana tindakannya menegur parti itu berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata Harussani tidak sepatutnya dikritik kerana beliau bukan ahli politik dan tegurannya adalah ikhlas iaitu beliau tidak bersetuju terhadap keputusan PAS menolak rundingan dengan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Inilah sikap mereka, kalau Tan Sri Harussani menyokong mereka, mereka angkat Harussani (ke tahap) paling hebat...beliau bukan orang politik tetapi seorang ulama. Beliau hanya memberi teguran. Umno dan BN pun beliau tegur.

"Bila kita (BN dan Umno) kena tegur, mereka (PAs) tepuk tangan tetapi jika mereka (PAs) kena tegur, mereka tunjuk (sikap) yang lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan MRCB Land dan Puncak Iskandar di Bandar Seri Iskandar di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda PAS Perak yang mengecam kenyataan Harussani yang didakwa berpihak kepada Umno dalam isu kerajaan perpaduan.

Sementara itu, mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika berceramah di Padang Awam Laloh, Manek Urai yang didakwa menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat 'Ayah Pin', Zambry berkata pemimpin PAS itu sedar beliau melakukan kesilapan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan.

"Nik Aziz tahu dia sudah tersilap, maka beliau cepat-cepat memperbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan bahawa beliau hanya membuat kiasan. Dengan berbuat demikian, jelaslah kepada kita, beliau juga buat silap seperti manusia biasa," katanya.BERNAMA

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...