Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Saturday, January 31, 2009

Apa khabar Ustaz Akil?


Baru-baru ini Ustaz Akil dan Waheeda dikatakan pergi menonton wayang bersama untuk tayangan tengah malam di 1 Utama, PJ.
Pelbagai kisah dipaparkan mengenai kejadian itu. Ustaz kantoi, ustaz tengok wayang bersama dan apa cerita ustaz?

Masalah yang timbul adalah kerana Ustaz Akil masih merahsiakan perkahwinannya dengan penyanyi Waheeda sehinggakan mengundang fitnah kerana mereka yang selalu bersama di dalam program Astro Oasis. Pergerakan mereka sentiasa diperhatikan dan andai Ustaz Akil mengakui telahpun bernikah dengan Waheeda, mungkin pandangan dan gossip nakal orang ramai akan lenyap.


Penglibatan Ustaz Akil di dalam bidang seni seakan menghakis masanya untuk berceramah seperti dahulu yang mana ceramahnya lebih memberi impak kepada perjuangan dakwah Islam berbanding penampilannya di stesen tv berbayar Astro yang penyiarannya tidak dapat diikuti oleh orang-orang kampung.


Kegiatan dakwahnya melalui ceramah-ceramah dimerata tempat di negara kita ini sangat dirindui oleh peminat-peminat dan pengikut-pengikutnya. Begitu juga kegiatannya di dalam Pas yang sudah lama ditinggalkan.

Friday, January 30, 2009

MB Perak nafi 2 Exco sertai BN



IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai Barisan Nasional.


"Spekulasi mengenai Jamaluddin dan Mohd Osman itu adalah tidak benar.

"Saya berusaha untuk berhubung dengan mereka," katanya kepada pemberita bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa terdapat dua wakil rakyat daripada PKR akan keluar parti dan menjadi wakil bebas sebelum menyertai Umno.

Pemberita menunggu di luar kediaman rasmi Mohammad Nizar di sini bagi mendapatkan reaksinya selepas beliau mempengerusikan satu mesyuarat Pakatan Rakyat negeri.

Mesyuarat dua jam itu yang bermula 9 pagi dihadiri ketiga-tiga pemimpin tertinggi DAP negeri terdiri pengerusinya Datuk Ngeh Koo Ham, timbalan pengerusi M.Kulasegaran dan setiausaha Nga Kor Ming selain wakil PKR iaitu Anggota Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Osman Abdul Rahman dan Ismail Yusof serta wakil PAS terdiri Pesuruhjaya PAS negeri Ahmad Awang bersama-sama Asmuni Awi dan Dr Khairuddin Abdul Malek.

Ngeh pula berkata pertemuan itu adalah mesyuarat biasa dan bukan bagi membincangkan isu mengenai dua exco itu.

"Sesetengah media mahu mereka cerita. Sebenarnya tidak timbul langsung mengenai hal itu," katanya.

Lee pula berkata mesyuarat itu bertujuan merapatkan hubungan antara ketiga-tiga parti.

"Ia adalah mesyuarat biasa. Agenda penting yang dibincangkan ia adalah hal ehwal dalaman," katanya.

Ahmad pula berkata: "Ia mesyuarat bulanan, tidak timbul isu lompat-lompat ini." BERNAMA

Nik Aziz ibaratkan Umno pokok hampir mati

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Kata beliau, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

"Umno kini tiada daya tarikan atau 'graviti' untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya PAS, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.

Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata, itu adalah masalah dalaman Umno.

"Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul.

"Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya," katanya.

Zulkifli pula ajak MP Umno sertai PAS bentuk kerajaan pusat

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sebelum ini disebut-sebut menyertai Umno atau PAS, menggesa ahli-ahli Parlimen dari Umno agar menyertai PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Zulkifli, yang menjadi perhatian ekoran kontroversi dalam isu membantah forum anjuran Majlis Peguam Ogos lalu berkata, cara terbaik menyelesaikan masalah penyakit kronik Umno ialah dengan membubarkan parti itu.

"Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan dan parti Umno hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.

"Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan Umno, sekali gus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai PAS," kata beliau dalam blognya.

Zulkifli memenangi kerusi itu atas tiket PKR, yang Jawatankuasa Disiplinnya pernah memangil beliau berhubung isu tersebut.

Kata beliau, jika cadangan itu diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen, akan menambah kedudukannya sebanyak 89 anggota Dewan Rakyat.

"Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).

"Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa.

"Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini," katanya lagi.

Kelmarin, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin mencadangkan pembubaran kesemua sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri Umno sebagai salah satu cara membendung masalah politik wang, rasuah dan salah guna kuasa dalam Umno.

PKR merupakan salah satu komponen Pakatan Rakyat, yang Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan sasaran mahu membentuk kerajaan pusat yang baru dengan menarik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai pihaknya menjelang 16 September lalu.

Tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim menyertai PKR.

Thursday, January 29, 2009

Umno dah pandai demo, marahkan SPRM

SEBAHAGIAN daripada anggota Umno yang mengadakan demonstrasi membantah peranan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pekarangan Menara Dato Onn kira-kira 8.20 malam tadi.


KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno kini sedang bermesyuarat dengan sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM, yang didakwa keterlaluan dan kasar semasa menyoal siasat 39 orang berhubung politik wang di Pahang baru-baru ini.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka.

Beliau mendakwa mewakili kira-kira 2,500 anggota Pemuda.

"Dua atau tiga orang daripada mereka telah membuat laporan polis," kata beliau kepada wartawan di sini malam ini.

Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Menara Dato Onn kira-kira pukul 8.40 malam untuk mempengerusikan mesyuarat MT.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat MT beliau melancarkan sistem pendaftaran keahlian Umno atas talian di lobi Menara Dato Onn.

Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak turut hadir. Semalam, salah seorang daripada 39 orang terbabit, Hilmi Kamaruzzman memfailkan laporan polis di Balai Polis Damansara kerana mendakwa didera oleh pegawai penyiasat SPRM semasa disoal siasat.

Tambah Zuraidi, pucuk pimpinan parti perlu memandang serius mengenai perkara tersebut dan meneliti penubuhan SPRM.

Katanya, masalah parti harus diselesaikan di peringkat dalaman.

"Soal parti hanya parti yang tentukan, bukan pihak ketiga," katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta anggota MT.

Kumpulan itu beredar dari kawasan Menara Dato Onn selepas Abdullah dan timbalannya memasuki lif untuk ke dewan mesyuarat.

"Tak ada apa yang boleh dibuat dengan ADUN Bota itu, mesyuarat ini bukan khusus bincangkan mengenai beliau," katanya kepada mStar Online.

Namun jelas Tengku Adnan, salah satu agenda pada mesyuarat tersebut akan turut membincangkan mengenai tindakan Nasarudin itu.

"Kita akan bincang juga hal itu sebagai isu-isu berbangkit," katanya.

Tambah beliau lagi isu politik wang yang melibatkan beberapa pemimpin Umno yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan turut dibincangkan.

Adun Selat Klang difitnah khalwat oleh laman web politik

Fitnah khalwat: Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini menepis dakwaan fitnah dalam forum sebuah laman web, kononnya beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.

Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, petang 27 Januari lalu.
"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.

Sebelum pergi ke forum Perdana beliau menghadiri satu mesyuarat bersama Yayasan Amal di Shah Alam.

Beliau mendapat tahu fitnah tersebut tersebar dalam laman web My Kmu.net setelah diberitahu oleh suaminya pada 26 Januari iaitu ketika pulang daripada forum Perdana Keluarga Bahagia.

Sehubungan itu tambah beliau, dengan keizinan Menteri Besar Selangor, beliau akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik laman web itu sebanyak RM40 juta.

"Saya mendesak pimpinan Umno sam ada di Selangor atau Pusat menyiasat perkara itu kerana saya yakin dan percaya mereka tahu siapa di belakang laman web itu," tegasnya.

Menurut beliau, di bawah laman web itu ada tertera slogan 'Demi Islam' dan dengan perkataan 'Demi Islam' juga Umno perlu siasat perkara tersebut.

Tegas beliau, Umno yang mengatakan mereka merupakan sebuah parti Islam sila teliti surah An-Nur ayat 4 di mana Allah melarang menuduh wanita yang baik berzina.

Ayat itu bermaksud; "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik."




CUTI UMUM DI NEGERI PERAK PADA 3 FEBRUARI


IPOH: Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mengiystiharkan cuti umum kepada seluruh warga kerja di negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2009, Selasa depan sebagai menyambut Sambutan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak.

Menurut kenyataan akhbarnya hari ini, cuti umum itu adalah bagi membolehkan rakyat turut sama menghormati dan meraikan 25 tahun pemerintahan Seri Paduka Sultan Azlan Shah di negeri Perak Darul Ridzuan.

Ia juga bertujuan bagi membolehkan seluruh rakyat Perak mengikuti upacara penganugerahan Darjah Kebesaran Azlanii yang diadakan hanya dalam tempoh 25 tahun sekali, yang diperkenan dianugerahi Paduka Tuanku Sultan Azlan Shahpada hari berkenaan. Seramai 25 orang akan menerima anugerah itu.

Nizar turut meminta agar semua premis kerajaan dan perniagaan turut mengibarkan bendera negeri bermula hari berkenaan sepanjang tempoh perayaan sebagai menghormati dan menunjukkan kasih sayang rakyat pada Seri Paduka Sultan Perak.

Tuesday, January 27, 2009

Zahid ganti Tajol Pengerusi Umno Perak?


KUALA LUMPUR, 27 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi disebut-sebut bakal menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru selepas Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali melepaskan jawatannya.

Berita angin ini semakin kuat bertiup berikutan Tajol mendapat tekanan terakhir ekoran tindakan Datuk Nasarudin Hashim, Adun Bota melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Selepas bertemu Najib baru-baru ini, Tajol dikatakan akan melepaskan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Perak," kata satu sumber kepada Siasah.

Ia juga berikutan dari tekanan dan kempen pihak-pihak tertentu agar Tajol melepaskan jawatannya selepas Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

"Zahid semakin dipercayai oleh Umno Perak dengan tindakan beraninya mengarahkan pegawai kerajaan Pusat agar jangan menyertai sebarang mesyuarat anjuran kerajaan negeri Perak.

"Walaupun mendapat kecaman hebat dari pembangkang, Zahid sekurang-kurangnya dilihat berbuat sesuatu untuk menaikkan moral Umno di Perak ketika Tajol dilihat tidak berani berbuat apa-apa," kata sumber itu.

Bagi beliau, ramai pemimpin Umno membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendapat umum sekarang asalkan ia mendapat sokongan Umno kerana mereka sekarang menghadapi pemilihan dalaman parti.

"Kenyataan Mukhris tentang sekolah satu aliran negetif kepada rakan-rakannya dalam BN tetapi ia tetap dibuat untuk mendapat undi di kalangan perwakilan Umno. Begitu juga dengan kenyataan Zahid ini," tambah beliau.

Tekanan terhadap Tajol semakin meningkat apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin mengumumkan tiga lagi Adun Umno akan menyertai Pakatan.

Namun perkara ini ditolak oleh timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nak pujuk le pulak...


Umno Perak pujuk ADUN Bota ubah fikiran

PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Perak kini dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, setakat hari ini pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Rundingan sudah bermula... bagi kami ini merupakan petanda positif kerana sekurang-kurangnya masih wujud komunikasi antara beliau dan Umno negeri, kita tak putus hubungan lagi," katanya kepada mStar Online.

Ramly berkata pihaknya telah menghantar beberapa wakil yang rapat dengan Nasarudin untuk mengadakan rundingan dengan beliau.

"Kita sudah hantar wakil yang baik dengan beliau, biar mereka bincang dengan cara yang santai kerana itu lebih baik untuk kedua-dua pihak tanpa ada rasa segan silu," katanya.

Ditanya apakah perkembangan hasil pertemuan tersebut, beliau berkata sehingga kini pihaknya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.

"Beliau (Nasarudin) sudi berbincang, maknanya laluan sudah terbuka.

"Namun kita akan terus beruasaha mengadakan perbincangan dengan beliau bagi mengetahui keadaan sebenar dan cuba selesaikan dengan baik," katanya.

Kelmarin, Nasarudin bertindak keluar daripada BN dan mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa serta-merta.




Ajijoi ~ Semalam Tajol Rosli kata tindakan Adun Bota tak jejas Umno Perak. Hari ni lain le pulak ceritanya. Sampai nak memujuk le pulak. Haru betoi la. Orang dah tak sior, tak nak, tak paham-paham ke? Nak mujuk amende lagi?

Semalam semuanya dah ke rumah Najib, mengadu hal diceraikan Adun Bota, tak tau la apa Najib kata. Kot-kot Najib jamu makan (suap) yang sedap-sedap la kot sampai semuanya ikrar taat setia.

Tak pe. Kita tengok berapa lama setianya mereka dengan umno. Entah-entah ikrar cuma tinggal ikrar je nanti.

Dr. Juanda mufti baru Perlis

KANGAR: Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, Dr. Juanda Jaya bakal menjadi Mufti Perlis yang baru berkuat-kuasa Februari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu yang mengesahkan perkara itu di sini hari ini berkata, kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu surat pelepasan daripada kerajaan negeri Sarawak untuk meminjam Dr. Juanda selama dua tahun.

"Kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana sudi meminjamkan pengawainya untuk berkhidmat di Perlis," katanya ketika ditemui pada majlis jamuan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik dekat sini hari ini.

Beliau berkata Dr. Juanda merupakan antara enam calon yang nama mereka dikemukakan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai bakal Mufti Perlis bagi mengisi kekosongan kerusi yang tinggalkan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 30 November tahun lalu.

"Dr Juanda merupakan seorang yang mempunyai pegangan akademik yang baik, selain dari kalangan pengamal fahaman Sunnah Waljamaah selari dengan perlembagaan kerajaan negeri Perlis," katanya kepada pemberita.

Dr. Mohd. Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), menamatkan kontraknya setelah berkhidmat selama dua tahun di Perlis, lebih awal dari tempoh yang dipinjamkan oleh USM iaitu sehingga pertengahan tahun ini.

Beliau kini berada di United Kingdom melakukan kajian selama enam bulan mengenai Islam dan hadis sebelum kembali berkhidmat dengan USM sebagai pensyarah pengajian Islam.

Sementara itu, Dr. Juanda yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan telah menerima tawaran kerajaan negeri Perlis sejak akhir Disember lalu.

"InsyaAllah saya akan mula bertugas pada Februari ini," kata bekas Timbalan Mufti Sarawak berusia 38 tahun itu. BERNAMA


Ajijoi ~ Tahniah kepada rakyat Perlis yang mendapat mufti yang baru.

Dr Juanda ni orang Perlis ke orang Sarawak? Kalau orang Sarawak, dah takde anak Perlis yang layak jadi mufti ke? Maaf, sekadar bertanya.

Sebut namanya betul-betul. Jangan sebut janda kaya pulak. (Maaf sekali lagi, gurau je).

Monday, January 26, 2009

Sekolah Hidayah kecurian wang tunai RM28,000.00


Kejadian hanya disedari pagi tadi dengan kesan pintu grill besi dan pintu sliding terkopak di pecah masuk.

Kompleks Pendidikan Al-Hidayah, Rapat Setia Ipoh ini dikesan kecurian di tiga bangunan yang menempatkan Sekolah Rendah (sekitar RM2,000), Sekolah Menengah (sekitar RM8,000 beserta sebuah kamera digital dan laptop yang baru dibeli) dan Pejabat Eksekutif (sekitar RM18,000).

Kesemua wang tunai ini termasuklah yuran persekolahan, wang kantin dan wang koperasi diletakkan didalam laci meja yang berkunci. Kesemua resit-resit yang beserta dengan wang tersebut tidak diambil.

Sekolah tersebut yang tidak mempunyai pengawal dan kelengkapan sistem CCTV begitu berani meninggalkan wang yang sebegitu banyak didalam bangunan sekolah yang bercuti panjang sempena cuti umum sambutan perayaan tahun baru cina. Tambahan pula kedudukan sekolah yang jauh terpencil daripada kawasan perumahan mahupun laluan orang ramai.

Mengikut peraturan yang saya fahami bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan menyimpan sejumlah wang tunai yang banyak di dalam premis dan sentiasa disimpan samada di bank mahupun diserahkan kepada pengarah dan eksekutif sekolah.

Adalah lebih baik jika wang tunai tersebut dihantar ke bank (waktu pejabat) ataupun di simpan melalui mesin deposit wang di bank (di luar waktu pejabat).

Bagaimana pula sebuah kompleks pendidikan yang begitu besar dan terpencil tidak mempunyai seorang pengawal untuk menjaga keselamatan bukan sahaja bangunan sekolah tetapi juga pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Setiap sen daripada yuran yang dibayar oleh ibubapa pelajar perlu dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

Sebagai satu ikhtiar, dinasihatkan agar pihak sekolah mengadakan solat hajat tanpa hanya membiarkan wang tersebut lesap begitu sahaja.

Pihak pengurusan sekolah juga perlu meningkatkan sistem kawalan keselamatan di sekolah dan mematuhi garis panduan sekolah di dalam sistem pengurusan kewangan agar perkara yang seumpama ini tidak berulang lagi. Kecuaian patut dihindarkan supaya kejadian kecurian tidak berlaku.

Sebagai sebuah sekolah agama yang terkenal dan ramai orang-orang ternama di Ipoh ini menghantar anak-anak mereka bersekolah, pihak pengurusan perlu mengambil sepenuh tanggungjawab untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

Gerhana Matahari


Gerhana matahari yang berlaku hari ini hampir tidak kelihatan di Johor kerana cuaca mendung. 3 imej di ambil pada sekitar jam 4.45 petang dan 5.50 petang. Fenomena luar biasa ini di saksikan oleh sebuah keluarga yang berada di Batu Pahat. Di lengkapi dengan tropong berserta ciri ciri keselamatan. [read more]
Solat sunat gerhana matahari didirikan dikebanyakan tempat selesai solat Asar tadi. Saya bertuah kerana berpeluang mengerjakan solat sunat ini di Surau Al-Ehsan yang diimamkan oelh AF Ustaz Fisol Ansar.

Lawak Ali Rustam untuk redakan resah Tajol Rosli


Ketua dan 40 ahli Pas Musai sertai Umno

MELAKA: Ketua Pas cawangan Musai, Bukit Baru, di sini bersama-sama 40 anggota cawangan itu hari ini menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno.

Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, pada majlis di Kampung Musai di sini.

“Tidak ada perjuangan yang sebenarnya oleh Pas dan saya menyedari kesilapan itu dan kini menyertai Umno,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang sudah 20 tahun menyertai Pas kecewa dengan tindak-tanduk parti itu yang kini tidak relevan dari dasar yang diperjuangkan sebelumnya. Mohd Ali yang juga Ketua Menteri dan Naib Presiden Umno, menganggap kemasukan 41 anggota PAS itu ke dalam Umno sebagai tindakan positif. - Bernama


Ajijoi ~ Biasanya taktik perang saraf sebegini hanya keluar waktu ada pilihanraya kecil atau umum. Tetapi diwaktu terdesak sebegini, taktik ini terpaksa digunakan walaupun jauh di selatan negara.
Mungkin jika diperiksa dan diteliti, ahli-ahli Pas yang didakwa keluar parti tersebut sebenarnya adalah ahli-ahli Umno sendiri yang menyamar sebagai ahli Pas.
Bagaikan lawak sandiwara apabila ahli-ahli Umno masuk Umno dipentaskan untuk mengalih perhatian Adun Umno sertai PKR di Perak.
Harapan Ali Rustam agar hati Tajol Rosli dapat terhibur sedikit dengan permainannya di Melaka dan Tajol Rosli tidak kembali menghilangkan diri bertapa di Gerik sebagaimana 10 bulan yang lalu.
Bahtera Umno kini sedang dinaiki air dan mereka berdua ini masih memegang baldi dengan harapan dapat mengeluarkan kesemua air dari bahtera dan menyelamatkan bahtera daripada terus karam.
Berjayakah mereka?.....Mari kita lihat, siapa yang kenaaaa (buat macam Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok).

3 lagi Adun BN sertai Pakatan?



PETALING JAYA: Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengerusi BN itu menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.
"Semua itu khabar angin sahaja...saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah)," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan tindakan Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR semalam.

Nizar ketika mengulas lanjut isu itu memberitahu, perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.
"Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.

Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.

"Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya.

Dengan keputusan Nasarudin, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan Nasaruddin tidak menjejaskan kedudukan BN.

Kata beliau, keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.

Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda.

"BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran tiga dan empat... kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut," katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan di Gunung Rapat di sini.

Tesco Ipoh diserang 2 ekor singa



Pagi tadi semasa saya membeli belah di Tesco Ipoh bersama keluarga, kami dikejutkan dengan bunyi bising dan dentuman gendang yang kuat. Oleh kerana tidak ramai pengunjung pada hari cuti tahun baru cina ini, bunyi itu begitu jelas dan kuat sekali.

Apabila ianya menghampiri kami, rupa-rupanya kumpulan tarian singa yang meraikan sambutan tahun baru cina sedang membuat persembahan disegenap ceruk pasaraya tersebut.

Anak lelaki saya agak pucat juga mukanya apabila disakat oleh salah satu singa tersebut. "Takpe, kalau dia datang kacau abang lagi, ayah smackdown dia nanti, ok?" pujuk saya menenangkan perasaan Hakim.

Tarian singa ataupun naga ini telah menjadi sebati dengan adat menyambut tahun baru bagi kaum cina. Bbagi mereka, kunjungan kumpulan tarian singa ini akan membawa buat rumah ataupun tempat perniagaan mereka.




Ranap dijilat api


IPOH (25/1/2009) : Sebuah bangunan lama yang sudah tidak digunakan terbakar semalam sekitar jam 6.15 petang. Bangunan dua tingkat tersebut yang terletak bersebelahan dengan Wisma Maju Umno di simpang antara Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Musa Aziz ranap dikilat api.

Saya yang kebetulan dalam perjalanan pulang selepas melawat Bob di hospital, bersama-sama orang ramai yang berada di kawasan itu untuk menyaksikan api marak membakar bangunan tersebut sementara menunggu pasukan bomba. Pihak polis pula mengawal lalu lintas yang agak lengang juga berbanding hari-hari biasa.


Pihak bomba yang tiba setengah jam kemudian hanya menggunakan khidmat dua orang dan satu hos air untuk memadamkan saki baki api yang masih menjilat bangunan tersebut.


Umno Perak minta tolong Najib

IPOH: Badan Perhubungan Umno Perak akan bertemu Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini bagi membincangkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, Najib dijangka mengeluarkan kenyataan selepas pertemuan itu yang dijadualkan berlangsung di ibu negara.

"Saya minta Nasarudin turut membuat temu janji dengan Presiden Umno (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak ada apa-apa yang kita tidak boleh selesaikan.


"Kalau ada kelapangan dia boleh juga berjumpa dengan Najib esok (hari ini)," katanya kepada
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Adun Barisan Nasional (BN) negeri Perak di sini malam tadi.

Beliau turut melahirkan harapan supaya Nasarudin dapat melapangkan fikiran dan berfikir sedalam-dalamnya bagi menyertai semula BN.

Ditanya mengenai khabar angin bahawa masih terdapat beberapa ADUN BN negeri itu yang akan menyertai Pakatan Rakyat, beliau menafikan dan menyifatkan ia hanya diuar-uarkan sahaja.

Mengenai sama ada Nasarudin pernah meluahkan atau memaklumkan sebarang masalah kepada beliau, Tajol berkata, Nasaruddin tidak pernah mengadu sebarang masalah kepadanya.

Bagaimanapun masalah mungkin timbul sejak pemilihan peringkat bahagian Oktober lepas di mana Nasaruddin bertanding untuk merebut jawatan Ketua Bahagian menentang penyandang Datuk Mohd Zaim Abu Hassan.

Tajol Rosli turut memaklumkan setakat ini Nasarudin tidak menghubunginya dan panggilan telefon yang dibuatnya tidak dijawab oleh Nasarudin.

"Anggota Umno lain ada berhubung dengan beliau. Saya telefon dia tetapi dia tidak jawab, jadi saya rasa dia masih ada rasa segan silu dengan saya dan saya harap dia pertimbangkan semula keputusan yang beliau buat hari ini (semalam)," katanya.

Dua puluh daripada 28 ADUN menghadiri mesyuarat tergempar yang tamat pada 11 malam tadi.

Lapan yang tidak hadir sedang berada di luar negara (?). BERNAMA


Tajol tuduh PKR rasuah Adun Bota ~ Ada bukti ke bang?

Pemimpin Umno gesa Nasaruddin lepas Adun ~ Apa pasal pulak?



Ajijoi ~ Alahai Tajol. Najib pun tak hilang lagi migrain dia pasal kalah di KT, kamu nak tambahkan lagi masalah dia.

Dah lama kamu hilang entah kemana, tiba-tiba baru ni keluar menggelabah tak tentu hala.

Tu la, lain kali jaga la anak buah baik-baik supaya dia tidak mendapat hidayah macam kamu.

Betul ke PKR rasuah Nasarudin tu Tajol. Ada bukti ke? Laporkan le pada SPRM. Depa tengah sibuk ligan kes rasuah Umno sekarang ni.

Ada ke sesiapa nak buat laporan polis pasal kenyataan tajol yang PKR merasuah Adun Bota tu? Kalau kenyataannya tu tak betul dan takde bukti, biar dia yang menjawab dengan SPRM.

Raja Nazrin lawat keluarga pengawal

RAJA NAZRIN diiringi Tuanku Zara menyampaikan sumbangan kepada Lin Moy, di Taman Tinggi, Ipoh, semalam.


IPOH: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim petang semalam, berkenan meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa yang tertimbus dalam kejadian batu kapur runtuh di sini, dua minggu lalu.

Baginda turut menyampaikan hadiah dan wang tunai kepada kakak angkat mangsa, Lip Lin Moy, 58, yang tinggal di Taman Tinggi dekat sini, bersama empat anaknya. Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah dan isteri serta Datuk Bandar Ipoh, Roshidi Hashim dan isteri.

Dalam kejadian 11 Januari lalu, Yip Lum Choon, 55, yang baru bertugas sebagai pengawal di Tokong Gua Perak, Jalan Kuala Kangsar, maut selepas bongkah batu runtuh menimpanya.

Sementara itu, Lin Moy berkata, beliau terharu Raja Dr Nazrin dan Tuanku Zara sudi melawat keluarganya pada petang Tahun Baru Cina. "Beberapa hari lalu, polis memberitahu saya Raja Nazrin akan datang melawat hari ini (semalam).

“Saya gembira kerana baginda sudi datang ke rumah rakyat biasa, lebih-lebih lagi sebelum menyambut Tahun Baru Cina,” katanya. Lin Moy yang juga seorang suri rumah berkata, adik angkatnya, mendiang Lum Choon masih bujang dan tinggal bersama keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Selamat Tahun Baru Cina 2009


Ajijoi ~ Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan pengunjung blog yang berbangsa Cina.

Sedikit info tambahan :-


Khasiat Limau Mandarin



Nama : Limau Mandarin

Nama Botani : Citrus Reticulata

Famili : Rutaceae




Origin : Selatan China dan kini ditanam secara meluas di A.S, Sepanyol, Brazil, Jepun, Itali dan Mexico.

Fitokimia : Kaya kandungan Vitamin dan Mineral; Vit A,B,C. Kalsium, Sodium, Pottassium, magnesium, Tembaga, Sulfur dan Klorin.

Morfologi : Pokok sederhana tinggi dan rendang dengan daunnya berwarna hijau pekat dan bunganya berwarna putih dan berbau wangi. Biasanya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada varieti. Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma. Limau Tangerine dimana kulitnya mudah dikupas manakala tangor pula kacukan limau mandarin dan oren yang dikenali sebagai limau tokong dimana kulitnya nipis, mudah dikupas dan isinya pucat sedikit. Kebanyakan limau mandarin yang ditinkan adalah dari varieti Satsuma.

Khasiat Perubatan : Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

Vitamin B-nya pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.

Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

Khasiat Lain : Simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana dijadikan buah tangan ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina.Ramuan utama dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.


Siapa yang lebih kita percayai?



Diantara mereka berdua ini, cakap siapakah yang boleh kita percayai?

Disebelah kiri, Datuk Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri manakala disebelah kanan pula, Zaibo, seorang pelawak dan pelakon.
Kedua-duanya kelihatan sama tapi tak serupa.

Kata-kata dan tindak tanduk yang sebelah kiri kadang kala tak ubah seperti seorang pelawak dan pelakon. Dan yang disebelah kanan pula mencari makan dengan melawak dan berlakon. Sekali lagi...sama tapi tak serupa.


Umno mesti berubah demi rakyat: Syed Hamid

KOTA TINGGI: Umno mesti berubah sebelum rakyat mengeluarkan 'hukuman mati' terhadapnya, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, masanya sudah tiba untuk Umno berubah kerana imejnya kini terjejas teruk ekoran terdapat kes di mana ahlinya ditahan berhubung dakwaan rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat beberapa ahli Umno yang didakwa mengamalkan politik wang semasa berkempen bagi pemilihan bahagian parti baru-baru ini.

“Perkara untuk melakukan perubahan dan pembersihan parti mesti dibincangkan di peringkat tertinggi parti yang melibatkan setiap orang, termasuk presiden dan ahli Majlis Tertinggi yang mesti mengambil tanggungjawab agar parti tidak dihukum oleh rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Rakan Muda Kota Tinggi di Felda Bukit Aping Barat, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata perubahan adalah perlu termasuk menjadikan parti lebih mesra kepada rakyat. Katanya kedudukan Umno sebagai tulang belakang kerajaan boleh terjejas sekiranya ahlinya terbabit dengan amalan rasuah.

“Rakyat mahukan parti yang boleh dipercayai, yang mempunyai integriti dan kredibiliti,” tegasnya. Syed Hamid berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak perlu mewujudkan minat dan agenda baru kepada parti apabila beliau menjadi perdana menteri kelak. “Agenda baru itu tidak boleh menggambarkan Umno hanya untuk golongan elit yang sombong dan menjauhi rakyat,” katanya. - Bernama

Sunday, January 25, 2009

Tok Pa kemalangan


Tok Pa adalah panggilan anak-anak saya padanya. Adik kepada mak saya. Maknanya pak sedara saya le tu.

Sekitar jam 9.30 pagi tadi dia dan isteri ke Memory Lane (orang kata Belakang Lokane) untuk mencari apa ntah dengan isterinya bermotosikal.

Setibanya disana, ada sebuah kereta yang keluar daripada parking tanpa melihat sekeliling lalu terus melanggar motosikal tok pa ini tadi.

Tergoleklah mereka suami isteri. Si isteri berdarah di mulut (menerima jahitan di wad kecemasan Hospital Ipoh) manakala tok pa cedera pada bahagian tangannya. Jari manis dan jari kelingking kanan terkopek sehingga menampakkan tulang, katanya.


Lelaki India yang melanggar mereka tadi telah menghantar mereka ke wad kecemasan Hospital Ipoh atas desakan orang ramai disitu. Sebaik menghantar mereka di pintu Hospital, dia pun cabut. Tok Pa terlupa nak ambil nombor kenderaannya (bukan untuk tikam) untuk laporan polis nanti.

Maka, terlantarlah dia di katil wad 4A Hospital Ipoh manakala isterinya dibenarkan pulang. Tunggu doktor pakar datang untuk menjahit jarinya petang nanti, katanya.

Saya pulak kata, ada ke doktor petang ni? Petang ni kan ke Cina makan besar sambut tahun baru? Ternganga le kejap dia mengiyakan kata-kata saya itu.

Apa cerita selanjutnya...kena le saya tanya mak saya yang mengunjunginya tadi.

Bob tetap ceria seperti dulu

Bob @ Abu Bakar tetap ceria walaupun tidak bertenaga. Gambar dirakam tanpa restu jururawat bertugas.

Saya sebentar tadi dilapangkan masa oleh Allah Taala untuk menziarahi Bob @ Abu Bakar, (ketua kampung Simpang Pulai yang kemalangan) dibilik ICU wad 3B Hospital Tuanku Permaisuri Bainun (Hospital Besar) Ipoh walaupun beberapa kali cuba untuk menziarahinya.

Kelihatannya Bob masih lemah tidak bertenaga tetapi tetap ceria menyambut kehadiran saya. Kata-katanya kepada saya agak sukar difahami kerana suaranya yang tidak kedengaran akibat saluran pernafasan yang ditebuk di lehernya. Tetapi daripada tutur kata bersama mimik mukanya, beberapa patah katanya dapat saya fahami.

Katanya, ini adalah ujian daripada Allah. Kena bersabar. Teringin sangat nak minum kopi o, air kelapa dan air tebu.

Saya ada bawakan buah limau mandarin buatnya. Jururawat tak beri makan tapi dia minta saya kupaskan dan dapatlah juga merasa 3 ulas limau tersebut. Air zam zam juga banyak diminumnya dengan tegahan daripada jururawat. (Maaf missi, orang dah teringin, nak buat macamana).

Beliau juga menadah tangan bersyukur apabila saya khabarkan bahawa Adun Bota dari Umno telah menyertai PKR siang tadi.

Sebelum beredar, saya katakan bahawa banyak blog-blog yang menulis tentang dirinya dan kesemua jemaah mendoakan kesihatannya. MB Perak juga ada menjenguknya semasa beliau tidak sedarkan diri.

Semoga kita teruskan doa buat Bob agar ahli jemaah yang dulunya aktif ini kembali sihat dan meneruskan kerja-kerja amalnya dan sentiasa istiqamah di dalam perjuangannya. Amin.

ADUN Bota dari Umno sertai PKR

Adun Bota, Nasarudin Hashim sedang memberikan sidang akhbar tentang penyertaannya ke PKR sambil diperhatikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat sini sebentar tadi.

Beliau merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) menyertai sejak 8 Mac lalu.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Perak kini dietrajui Pakatan Rakyat dengan menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Barisan Nasional (BN) pula 28 kerusi.

Berikut adalah teks kenyataan media Nasarudin :-

Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota.

Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

ADUN Bota sertai PKR, BN Perak bincang malam ini

Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz


Ajijoi ~ Tahniah YB Nasarudin kerana membuat pilihan yang tepat dengan niat kepentingan rakyat Bota perlu diutamakan.

Diharap kawan-kawan beliau yang lain dapat mengikuti jejak langkahnya berhijrah daripada tak berapa nak cerdik kepada cerdik dan celik.

Zahid Hamidi tak nak keluarkan apa-apa arahan terbaru ke? Mungkin selepas ini dia akan mengarahkan agar semua Adun Umno tidak berkunjung ke Bangunan Perak Darul Ridzuan kerana takut-takut ada yang 'melekat' di sana?

Sekali lagi Syabas YB Nasarudin daripada saya.

Solat Gerhana Matahari 26 Jan 2009 Jam 04:30 petang


Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah.

Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim.

Maka Nabi s.a.w bersabda : "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya.Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.

Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :
Niat solat Gerhana,
Takbir.
Baca Al-Fatihah dan surah.
rukuk.
I’tidal,
Baca Al-Fatihah dan surah.
rukuk.
I’tidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :
Sama seperti rakaat pertama.

NIAT SOLAT GERHANA

الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan
الكُسُوْف : Gerhana Matahari

أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.

Tegakkan aqidah - Ust Zahazan


IPOH (24/1/2009) : Ust Zahazan Mohamed, yang popular melalui tafsir hadis di radio Ikim.fm dan juga rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 menyampaikan ceramah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary, Ipoh.

Program yang dijadualkan bermula selepas solat Maghrib terpaksa ditangguh kepada selesai solat Isyak kerana Ust Zahazan terlewat tiba akibat kesesakan lalulintas di lebuhraya sempena cuti panjang perayaan tahun baru cina. Beliau mula keluar dari rumah jam 3.30 petang tetapi hanya tiba di Masjid jam 8.15 malam. Kesesakan yang amat teruk sekali, katanya.

Ceramah yang disampaikan bertajuk 'Antara kelesuan ulama dan kejahilan ummah'. Kupasan beliau bermula daripada sejarah zaman Nabi Muhammad, Saidina Umar, Harun Al-Rashid, Salahuddin Al-Ayubi dan juga Mohammad Al-Fatih. Sejarah ini membawa kepada satu kesimpulan bahawa kita umat Islam amat kuat dan berpengaruh di dunia ketika itu manakala umat Islam hari ini begitu lemah kerana menurutnya "Umat Islam hari ini bersatu untuk tidak bersatu".

Masalah aqidah juga menjadi penyebab utama kelemahan ummat hari ini. Aqidah dan tauhid telah tercicir daripada matapelajaran anak-anak sehinggakan kekuatan iman dalam diri telah hilang. Aqidah perlu diterapkan dan ditegakkan kedalam jiwa anak-anak semenjak kecil lagi untuk membesar sebagai umat yang kuat dan berguna untuk masa hadapan.

Cinta kepada dunia dan takut kepada kematian adalah juga punca ummat menjadi lemah.

Yang paling menyentuh perasaan saya apabila Ust Zahazan sendiri menitiskan airmata semasa membawakan kisah benar tentang anak yang murtad akibat bapa (seorang pilot) yang terlalu sibuk dengan kerja. Begitu bermakna kisah itu untuk dinilai oleh semua yang hadir.

Kehadiran Ust Zahazan amat dihargai jemaah masjid dan semuanya tidak berganjak sehinggalah acara selesai jam 11 malam.


Ikuti blog beliau di zahazanmohamed.blogspot.com






Buku 101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih karangan beliau yang disarankannya untuk kita miliki.

Chikungunya membimbangkan

Nur Aqilah Nasuha diambil darah untuk ujian bagi mengenal pasti penyakit yang dialaminya.


Wabak Chikungunya kini amat membimbangkan dengan kes-kes terbaru dilaporkan berlipat ganda.

Minggu lepas, seorang rakan sepejabat disahkan menghidap chikungunya bersama anak perempuannya. Kebetulan rakan tersebut tinggal di Ampang yang tak jauh daripada kawasan rumah saya. Ampang, Rapat Setia, Pekan Razaki dan Sg Rokam dikatakan terdapat kes chikungunya yang dilaporkan. Ini amat membimbangkan saya kerana anak perempuan saya juga mengadu sakit-sakit badan selepas baik daripada demam.

Semalam saya bawa anak perempuan saya untuk rawatan di Hospital Pakar Ipoh dan doktor yang merawatnya mengesyorkan agar sampel darah anak saya diambil untuk ujian bagi mendapatkan kepastian tentang penyakitnya.

Setelah darah anak saya diuji, Alhamdulillah, bukan chikungunya akibat sakit-sakit badannya tetapi hanyalah sembelit yang mengganggu sistem pertahanan badannya.

Ini adalah masa untuk kita meningkatkan kebersihan dan penjagaan kesihatan sekeluarga agar penyakit ini dapat dibendung.

Andai ada dikalangan ahli keluarga anda yang mengalami demam dan sakit-sakit badan, segeralah mendapatkan rawatan dan jalanilah ujian darah untuk pengesahan penyakit.

Kesihatan adalan nikmat rezeki yang tidak terhingga nilainya. Jagailah ia 'semasa sihat sebelum sakit'.








Saturday, January 24, 2009

Umno penternak rasuah

Akhir-akhir ini tindakan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang dahulunya dikenali sebagai BPR (Badan Pencegah Rasuah) yang mendakwa ahli-ahli Umno kerana terlibat dengan pemberian rasuah untuk meraih/membeli undi pada pemilihan bahagian, membuktikan apa yang selama ini disuarakan oleh pihak pembangkang dan orang ramai bahawa Umno memang menternak rasuah.

Yang terlibat bukan sahaja ahli biasa, ketua cawangan, ketua bahagian malahan ahli MT (Majlis Tertinggi) juga tidak ketinggalan. Mereka begitu ghairah menganjurkan majlis makan suap untuk dipilih didalam pemilihan Umno.

Mereka melaburkan wang yang begitu banyak untuk mendapatkan jawatan didalam parti dengan mengamalkan rasuah untuk kepentingan diri sendiri. Sebelum mendapatkan jawatan, merekalah PEMBERI RASUAH.

Ini bagi mereka hanyalah satu pelaburan untuk keuntungan di kemudian hari. Apabila telah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan didalam parti ataupun didalam kerajaan, maka mereka bertukar menjadi PENERIMA RASUAH untuk meluluskan sesuatu projek ataupun memberikan keistimewaan kepada pihak-pihak yang telah dijanjikan dahulu.

Najib menggelarkan melayu sebagai GLOKAL kerana mereka menternak rasuah hanyalah didalam negara (domestik / local) manakala beliau sendiri bolehlah digelar GLOBAL kerana ternakannya melibatkan komisen luar negara (kapal selam dan eurokopter).

Tindakan SPRM telah memalukan Umno sehingga terpaksa mereka mengeluarkan kenyataan bahawa ini untuk kepentingan parti agar rasuah dapat dihapuskan. Benarkah begitu? Kerana rasuah telah berakar umbi didalam parti sejak sekian lama lagi (dulu, kini dan selamanya...)

Najib pula mengeluarkan kenyataan bahawa ahli parti yang didapati bersalah terlibat dengan amalan rasuah akan hilang kelayakan untuk bertanding. Jika bearlah begitu, pasti pemilihan umno tidak dapat diadakan kerana majoriti ahlinya telah memang terlibat dengan rasuah termasuklah pimpinan diperingkat pusat.

Hayatilah lirik lagu 'DUIT' nyanyian kumpulan Kembara yang menyebut 'Jangan makan rasuah, nanti bangsa akan musnah'. Memang tepat sekali lirik itu kerana ternyata bangsa melayu telahpun musnah angkara amalan rasuah Umno yang menjadi pemerintah sejak 51 tahun dahulu.

Umno pandai berbelanja, tak pandai membayar

1. Umno gagal membayar sebanyak RM218 juta untuk bekalan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan di dalam pilihan raya ke-11 pada 2004.

Elegant Advisory mengemukakan saman sivil tuntutan bayaran itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.

Namun, kecekapan peguamnya Mohd Hafarizam yang berjaya mengenepikan saman itu atas alasan bahawa Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan.

2. Kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai supaya menuntut tunggakan cukai pintu lima bangunan Umno di Seberang Prai sebanyak RM236,558.24 yang didakwa tertunggak lebih 10 tahun.

Bangunan berkenaan ialah Umno bahagian Permatang Pauh dengan tunggakan RM25,548 sejak tujuh setengah tahun lalu, Umno cawangan Pekan Darat, Kepala Batas berjumlah RM1,582 (tujuh tahun).

Umno cawangan Teluk Air Tawar di Butterworth sebanyak RM228 (10 tahun), Umno Bahagian Bagan sebanyak RM209,135.45 (10 tahun enam bulan) dan Sekretariat Kelab Umno di Permatang Pauh sebanyak RM64 (setahun).

Di atas hanyalah 2 contoh daripada entah berapa banyak lagi kes yang membuktikan betapa Umno hanya pandai berbelanja tetapi liat untuk membayarnya. Andaikata mereka terpaksa membayar, maka wang rakyatlah yang akan menjadi mangsa kerana mereka buta hati untuk membezakan mana wang rakyat dan mana wang parti.

Thursday, January 22, 2009

Ceramah Dr Harun Din di Kediaman MB Perak


Dengan segala hormatnya dijemput semua bloggers dan warga Perak ke Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 1 Februari 2009 ini untuk kita sama-sama menerima santapan rohani dari ulama' yang hebat dan ulung di tanahair kita iaitu Dato Dr. Harun Din Al-Hafiz.

Semoga dengan kehadiran semua akan memberkati lagi majlis ilmu yang bakal dianjurkan nanti.

Tazkirah Bola


Sebentar tadi saya mengikuti satu program dalaman PAFA yang mana pegawai dan pemain bolasepak pasukan Perak telah berkumpul bersama untuk solat berjemaah, bacaan Yaasin dan tazkirah di surau Stadium Perak, Ipoh.

Selesai solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin yang diketuai oleh Penolong Pengurus Pasukan Bolasepak Perak, Ust Norazli Musa untuk kesejahteraan, keselamatan dan kemenangan pemain-pemain Perak serta untuk rakyat Palestin yang sengsara di Gaza.

Ini diikuti dengan tazkirah dari Ust Norazli yang menyentuh tentang keperibadian seorang muslim dan tanggungjawab pemain-pemain dalam melaksanakan ibadah. Beliau menyeru agar pemain-pemain tidak meninggalkan solat 5 waktu agar ketahanan iman dan jatidiri mereka teguh dalam menghadapi perlawanan-perlawanan yang mendatang. "Jika didalam diri kita ini tidak takut kepada sesiapa tetapi hanyalah Allah, datanglah pemain dunia mana pun, pasti kita akan dapat menentang mereka dengan cukup senang," katanya kepada pemain-pemain Perak.

Mereka juga diingatkan agar tidak mudah lupa diri dan jimat berbelanja apabila telah mula terkenal nanti. "Jangan ambil rasuah, sanggupkah kita menghantar wang yang haram kepada kedua orang tua kita? Memberi makan anak dan isteri dengan duit rasuah?" tegasnya kepada mereka.

Program seumpama ini akan diadakan setiap minggu untuk menerapkan lagi roh Islam kedalam diri mereka agar mereka menjadi pemain bolasepak yang lebih beriman dan berjaya.

Perlu lebih pengalaman

Penolong jurulatih skuad Perak, Raja Azlan Shah menyatakan rasa bangganya dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain di dalam 4 permainan yang lepas.

"Cuma mereka perlukan lebih pendedahan dan pengalaman untuk matang menghadapi lawan. Dari segi stamina dan kesungguhan, mereka telah menunjukkan sesuatu yang membanggakan sebagai satu pasukan yang amat baru dan muda." katanya.

Apa bezanya serban lebai dengan serban bai?


Nik Aziz terima serban ganti topi keledar

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.


Mursyidul Am PAS itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat.


Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.


"Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.


"Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.


Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.


Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.


Katanya, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.


"Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas," katanya.


Menurut Nik Aziz, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.


Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai
serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.


"Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masingmasing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai," katanya.


Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan. BERNAMA



Ajijoi ~ Kenapa perlu pilih kasih (double standard) dalam melaksanakan undang-undang di antara pemakaian serban orang Islam dan orang Sikh? Apa istimewanya mereka?

Kenapa boleh menerima, patuh dan menghormati adat pemakaian serban orang-orang Sikh manakala memandang serong dan menghukum orang-orang Islam yang memakai serban?

Politik wang Umno: Calon MT serah diri di SPRM

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno kanan peringkat pusat, yang dipercayai terlibat dalam politik wang dalam pemilihan parti, menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Beliau merupakan orang yang ke-13 ditahan oleh SPRM berhubung politik wang, yang hangat diperkatakan menjelang pemilihan parti itu.

Pagi tadi, tiga orang didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Kuala Lumpur dan Alor Gajah berhubung tuduhan memberi wang untuk mendapatkan sokongan ketika pemilihan bahagian tahun lalu.

Pemimpin dari Wilayah Persekutuan itu ditahan selepas beliau menyerah diri kepada SPRM di Temerloh, Pahang.

Beliau yang berusia lewat 40-an disoal siasat beberapa jam sebelum dibebaskan dengan ikat jamin berhubung dakwaan bahawa telah membuat bayaran kepada beberapa orang untuk tujuan meraih sokongan menjelang pemilihan pusat Mac ini.

Sumber-sumber memberitahu, beliau yang telah layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) membayar antara RM300 dan RM500 setiap perwakilan.


Ajijoi ~ Siapalah agaknya dia yea.....

Politik wang Umno: Naib Ketua Beruas, guru antara 3 didakwa

AZMAN NOH (tengah) berbual dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh pagi tadi.


PETALING JAYA: Tiga orang termasuk Naib Ketua Umno Beruas, Perak dan seorang kontraktor berusia 46 tahun didakwa pagi ini berhubung politik wang ketika pemilihan Umno Bahagian tahun lalu.

Di KUALA LUMPUR, seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara hari ini atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Bahagian Raub.

Pertuduhan ini merupakan kes pertama melibatkan "politik wang" sejak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Junaidi Abdul Hamid, 46, didakwa memberi suapan berbentuk wang tunai kepada dua anggota Umno, Noranizah Abd Hamid dan Adnan Samad masingmasing RM200 sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid sebagai ketua Umno bahagian Raub dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua Umno bahagian Raub.
Menurut kertas pertuduhan, dia melakukan keduadua kesalahan tersebut di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, pada pukul 8 malam, 13 Sept 2008.
Junaidi menghadapi pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Josendra Abu Senin menawarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan memohon agar pasport Junaidi ditahan oleh mahkamah.
Bagaimanapun peguam bela Mohd Harris Abdullah yang mewakili Junaidi membantahnya dan memohon agar ikat jamin tersebut dikurangkan kerana ia terlalu tinggi.
Beliau juga berkata anak guamnya yang merupakan seorang penjawat awam iaitu merupakan penolong kanan di sebuah sekolah rendah Raub tidak mungkin akan melarikan diri kerana dia pasti akan mempertahankan jawatan yang disandangnya.
Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dan menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Sebagai syarat tambahan Junaidi diperintahkan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Rakan Junaidi membayar jaminan tersebut.
KETUA UMNO BERUAS
Di IPOH, Naib Ketua Umno Bahagian Beruas tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi rasuah wang tunai berjumlah RM300 kepada seorang anggota parti itu pada pemilihan Umno bahagian Oktober lepas.
Tertuduh Azman Noh, 42, yang juga merupakan seorang kontraktor didakwa secara rasuah memberi suapan RM300 kepada Davad @ Daud Parman pada 11 Oktober lepas di sebuah rumah beralamat No.10 A, Kampung Sungai Ramai, Air Tawar dekat sini kira-kira 12 tengah malam.
Azman yang juga bekas seorang pendidik didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan supaya Davad @ Daud melakukan satu perkara iaitu memilihnya bagi jawatan Naib Ketua Umno bahagian itu, Abdul Manaf Hashim bagi jawatan Ketua Umno dan Azhar Ahmad bagi jawatan Timbalan Ketua Umno pada pemilihan bahagian Beruas pada 12 Okt lepas.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM6,000 dengan seorang penjamin walaupun peguam Khairil Azwa yang mewakili tertuduh memohon ia dikurangkan kepada RM5,000.
Sebelum itu pendakwaan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya How May Ling memohon ikat jamin sebanyak RM10,000.
Peguam berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa oleh kerana tertuduh memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan kepada pihak pendakwaan dan jaminan untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.
"Penduduk tempatan juga tidak mempunyai bukti tertuduh akan boleh melarikan diri dan semenjak disiasat tidak ada bukti tertuduh cuba mengganggu saksi," katanya.
Peguam turut memberitahu mahkamah, tertuduh mula dipanggil untuk membantu siasatan pada 6 November lepas dan pada Selasa lepas tertuduh sekali lagi dipanggil untuk tujuan yang sama dan sejurus selepas memberi keterangan pada hari tersebut tertuduh ditahan.
Azhaniz Teh juga menetapkan 1, 2 dan 3 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan.
Azman yang mempunyai lima orang anak berusia dua hingga 16 tahun dan seorang isteri yang berkhidmat sebagai pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan itu didakwa di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
KONTRAKTOR
Di MELAKA, seorang kontraktor juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang wanita semasa pemilihan Ketua Umno Bahagian Alor Gajah pada 1 November lepas.
Johari Ibrahim, 46, dari Kampung Panchor, Durian Tunggal. Alor Gajah, dituduh memberi suapan itu kepada Nadiah Roslan sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Abdul Kadir Daud sebagai Ketua Bahagian berkenaan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 12 tengah hari di perkarangan dewan Institut Latihan Perindustrian, Selandar.
Johari, yang juga Ketua Umno cawangan Kampung Panchor dan bekas pegawai seranta Perbadanan Ayer Melaka (PAM), dituduh mengikut Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16, Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari atau tidak lebih 20 tahun serta didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau sehingga RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menetapkan empat hari bermula 18 Mei depan sebagai untuk perbicaraan dan membenarkan Johari dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh diwakili peguam bela Shamsul Iskandar Mohd Akin manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wong Poi Yoke, dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Wednesday, January 21, 2009

Umno ambik barang taknak bayar

Umno berjaya ketepi perintah bayar RM218 juta
Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihanraya bernilai lebih RM218 juta.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.

Syarikat itu memohon satu penghakiman tanpa kehadiran itu ekoran kegagalan Umno menjawab samannya, lapor Bernama.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Umno, memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengemukakan satu memorandum kehadiran bersyarat bagi membolehkannya memfailkan permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan syarikat itu.

Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.

Mohd Hafarizam berkata timbalan pendaftar menerima alasan Abdul Azim dalam permohonan mengetepikan penghakiman tanpa kehadiran itu, bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan dibuat tanpa memenuhi Aturan 10 Kaedah 1 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dan Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan.

Katanya dokumen-dokumen itu tidak diserahkan sendiri kepada defendan manakala Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan.

Dalam writ samannya yang difailkan menerusi Tetuan Termizi & Co, syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

Elegant Advisory berkata oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan pernmohonan dibuat dalam jangka masa singkat, ini menyebabkan syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan itu pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya.

Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Elegant Advisory diwakili peguam Nazruddin Abdullah.

GMP anjur himpunan bantah PPSMI, nafi didalangi politik

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 7 Mac ini.

Pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, perhimpunan bantahan itu merupakan agenda kebangsaan yang didokongi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum.

"Ini adalah agenda nasional dan bukannya bersifat perkauman kerana isu bahasa melibatkan semua kaum di negara ini," katanya kepada mStar Online.

Menerusi perhimpunan itu juga, GMP akan turut menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong.

"Kita akan turut mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Tuanku membantu menyelesaikan isu bahasa ini," katanya.

Menurut beliau, keputusan untuk mengadakan perhimpunan bantahan tersebut diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan semalam.

Bagaimanapun butiran lengkap mengenai penganjurannya termasuk tempat perhimpunan akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.

Setakat ini GMP dianggotai oleh 28 NGO.

Menurut bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu lagi, bantahan tersebut dibuat kerana pihaknya merasakan pelaksanaan dasar PPSMI itu lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan terutamanya kepada golongan pelajar luar bandar.


"Ternyata pelajar di kawasan luar bandar menghadapi kesulitan untuk belajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

"Ia bukan sahaja dirasai oleh pelajar Melayu malah pelajar Cina, India serta masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak," katanya.

Hassan juga berkata, GMP akan turut melobi beberapa ahli Parlimen untuk menyuarakan bantahan mengenai PPSMI apabila Dewan Rakyat kembali bersidang pada 16 Februari ini.

Hadir sama dalam mesyuarat semalam ialah ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Ditanya sama ada GMP didalangi oleh mana-mana parti politik terutamanya parti pembangkang kerana mesyuarat yang diadakan semalam diadakan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat, beliau menafikan perkara itu.

"Ini satu perkara yang perlu saya tegaskan kerana GMP bukan membawa agenda atau menyokong mana-mana parti politik kerana kami membawa agenda nasional.

"Secara kebetulan kami dipelawa untuk adakan mesyuarat di sana, tapi kalau Umno pelawa kami adakan mesyuarat di premis mereka juga kami akan terima," katanya.

Beliau berkata GMP akan pastikan supaya mereka tidak 'digunakan' untuk kepentingan mana-mana parti politik.

"Kalau GMP diperalatkan, kami akan tarik diri... kami tidak memihak kepada mana-mana pihak.

"Apa yang kami perjuangkan ialah isu bahasa bukan kepentingan politik," katanya.

Malah tegas beliau, kehadiran Nasharuddin semalam juga bukan mewakili PAS sebaliknya sebagai wakil rakyat yang akan membantu menyuarakan isu ini ke peringkat penggubal dasar.


Lembu MB Selangor


MB nafi beli lembu guna dana kerajaan

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban baru-baru ini.

Beliau berkata sebaliknya, pemberian lembu-lembu korban itu, bernilai lebih RM110,000, adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Disember lepas.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

"Sebaliknya, derma ini (lembu-lembu korban) diagihkan kepada golongan yang betul-betul memerlukannya dan tidak timbullah unsur penyalahgunaan dana dalam kes ini disebabkan orang umumlah yang menerima keuntungan daripada sumbangan berkenaan," kata Khalid mengulas dakwaan tersebut. .

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus, antara lain mendakwa pembelian lembu-lembu korban yang diagihkan di Bandar Tun Razak menyebabkan aliran dana kerajaan Selangor keluar dari sempadan negeri tanpa mengikuti prosedur urusan kewangan yang betul. BERNAMA

Zahid tidak hormati hak rakyat - MB Perak


IPOH: Kerajaan Perak menyifatkan arahan seorang menteri agar ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak tidak menghadiri sebarang mesyuarat kerajaan negeri sebagai tidak menghormati semangat federalisme dan hak rakyat.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata arahan oleh Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mahu menjalin hubungan baik dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat.

"Kerajaan negeri mahu menjalin hubungan baik dengan persekutuan tetapi jika sikap seorang menteri yang mahu menghentikan dan memutuskan hubungan antara pegawai persekutuan dan kerajaan negeri, saya rasa ini satu yang malang khususnya kepada rakyat Perak yang memberi mandat kepada beliau sebagai menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ahmad Zahid dilaporkan mengarah semua ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak supaya tidak menghadiri sebarang mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.


Bagaimanapun, larangan itu tidak meliputi ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang mempunyai tugas guna sama dengan kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa memberi kerjasama kepada persekutuan, dan sejak mentadbir Perak 10 bulan lepas, tidak ada permohonan kerajaan persekutuan bagi mendapatkan tanah negeri untuk projek kegunaan awam yang ditolak. BERNAMA

Followers

Video ajijoi

Loading...