Sunday, January 18, 2009

Akhbar Melayu perdana 'segan' melaporkan kemenangan Pas di KT


Berbanding akhbar perdana berbahasa Inggeris yang lebih telus dan menghormati keputusan rakyat di Kuala Terengganu yang mahukan calon Pas memimpin mereka, akhbar-akhbar perdana berbahasa Melayu kelihatan 'segan' untuk memberikan laporan yang lebih menyeluruh dan terperinci di muka hadapan akhbar mereka.

Hanya selitan kecil sahaja yang di siarkan di muka hadapan bagaikan hanya melepaskan batuk ditangga.

Setelah berminggu-minggu mereka berkempen habis-habisan untuk memenangkan BN dan menghentam Pas dari berbagai sudut, agak besar 'kemaluan' mereka untuk menyiarkan berita kekalahan BN di Kuala Terengganu. Perlu diingat juga bahawa ini adalah kekalahan yang besar kerana ianya melibatkan kerusi Parlimen jika dibandingkan dengan kerusi Dun.

Lebih malang lagi apabila Utusan Malaysia melancarkan 'wajah baru' mereka dengan kekalahan teruk BN ini. Mungkin mereka memilih hari ini sebagai pelancaran wajah baru tersebut dengan berita utama penuh muka hadapan memaparkan berita kemenangan Umno dan BN di Kuala Terengganu mengatasi Pas yang seakan 'retak menanti belah di dalam Pakatan Rakyat'(saya pinjam tajuk akhbar mereka sendiri semasa kempen tempohari).
Mungkin wajahnya sahaja yang baru dan berubah namun pengisian dan laporannya masih sama. Terutamanya keputusan nombor ekor yang memenuhi 2 (terkadang 3) mukasurat bahagian belakang. Menerima wang HARAM (bayaran iklan) untuk mempamirkan judi HARAM bagi tatapan dan galakan kepada orang-orang melayu yang mengaku Islam melakukan maksiat menikam nombor HARAM (kata mereka tidak haram kerana ianya 'berlesen').
Akhbar Harian Metro dan Kosmo lebih teruk lagi dengan menghidangkan kisah artis di muka hadapan seolah-olah artis Malaysia-lah yang patut diberi lebih tumpuan berbanding pemimpin yang mencorakkan masa hadapan negara dan bangsa.

Harapan saya agar pihak media cetak dan juga elektronik kembali kepada fitrah dan etika penyiaran itu sendiri dalam memberikan laporan dan makluman kepada rakyat tanpa perlu tunduk kepada arahan sesiapa. Bekerjalah dengan sikap professional dan bertanggungjawap kerana setiap laporan dan berita anda akan dipersoalkan kelak di hari kemudian.

Cukuplah dengan kerja fitnah yang diarahkan dan ambillah iktibar daripada suara rakyat Kuala Terengganu yang mewakili seluruh rakyat di Malaysia bahawa rakyat telah muak dengan laporan berat sebelah berlebih-lebihan.

Sedarlah bahawa kuasa yang berada ditangan-tangan kotor pemimpin negara sekarang telah mulai tiris dari genggaman dan hanya menunggu masa untuk beralih kepada yang lebih berhak.

Begitu juga dengan serangan bertubi-tubi media terhadap kerajaan negeri Perak. Hentikanlah dan berilah pimpinan negeri ruang untuk mentadbir didalam sistem demokrasi negara ini.

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

Sejak mereka memihak amat sangat, jadinya mereka merasakan ini kekalahan mereka juga.

Jika gegak gumpita aieyh tidak senada pula suramnya Najib dan rakan sewaktu dengannya.

Followers