Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Sunday, January 25, 2009

Tegakkan aqidah - Ust Zahazan


IPOH (24/1/2009) : Ust Zahazan Mohamed, yang popular melalui tafsir hadis di radio Ikim.fm dan juga rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 menyampaikan ceramah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary, Ipoh.

Program yang dijadualkan bermula selepas solat Maghrib terpaksa ditangguh kepada selesai solat Isyak kerana Ust Zahazan terlewat tiba akibat kesesakan lalulintas di lebuhraya sempena cuti panjang perayaan tahun baru cina. Beliau mula keluar dari rumah jam 3.30 petang tetapi hanya tiba di Masjid jam 8.15 malam. Kesesakan yang amat teruk sekali, katanya.

Ceramah yang disampaikan bertajuk 'Antara kelesuan ulama dan kejahilan ummah'. Kupasan beliau bermula daripada sejarah zaman Nabi Muhammad, Saidina Umar, Harun Al-Rashid, Salahuddin Al-Ayubi dan juga Mohammad Al-Fatih. Sejarah ini membawa kepada satu kesimpulan bahawa kita umat Islam amat kuat dan berpengaruh di dunia ketika itu manakala umat Islam hari ini begitu lemah kerana menurutnya "Umat Islam hari ini bersatu untuk tidak bersatu".

Masalah aqidah juga menjadi penyebab utama kelemahan ummat hari ini. Aqidah dan tauhid telah tercicir daripada matapelajaran anak-anak sehinggakan kekuatan iman dalam diri telah hilang. Aqidah perlu diterapkan dan ditegakkan kedalam jiwa anak-anak semenjak kecil lagi untuk membesar sebagai umat yang kuat dan berguna untuk masa hadapan.

Cinta kepada dunia dan takut kepada kematian adalah juga punca ummat menjadi lemah.

Yang paling menyentuh perasaan saya apabila Ust Zahazan sendiri menitiskan airmata semasa membawakan kisah benar tentang anak yang murtad akibat bapa (seorang pilot) yang terlalu sibuk dengan kerja. Begitu bermakna kisah itu untuk dinilai oleh semua yang hadir.

Kehadiran Ust Zahazan amat dihargai jemaah masjid dan semuanya tidak berganjak sehinggalah acara selesai jam 11 malam.


Ikuti blog beliau di zahazanmohamed.blogspot.com






Buku 101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih karangan beliau yang disarankannya untuk kita miliki.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...