Saturday, January 24, 2009

Umno penternak rasuah

Akhir-akhir ini tindakan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang dahulunya dikenali sebagai BPR (Badan Pencegah Rasuah) yang mendakwa ahli-ahli Umno kerana terlibat dengan pemberian rasuah untuk meraih/membeli undi pada pemilihan bahagian, membuktikan apa yang selama ini disuarakan oleh pihak pembangkang dan orang ramai bahawa Umno memang menternak rasuah.

Yang terlibat bukan sahaja ahli biasa, ketua cawangan, ketua bahagian malahan ahli MT (Majlis Tertinggi) juga tidak ketinggalan. Mereka begitu ghairah menganjurkan majlis makan suap untuk dipilih didalam pemilihan Umno.

Mereka melaburkan wang yang begitu banyak untuk mendapatkan jawatan didalam parti dengan mengamalkan rasuah untuk kepentingan diri sendiri. Sebelum mendapatkan jawatan, merekalah PEMBERI RASUAH.

Ini bagi mereka hanyalah satu pelaburan untuk keuntungan di kemudian hari. Apabila telah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan didalam parti ataupun didalam kerajaan, maka mereka bertukar menjadi PENERIMA RASUAH untuk meluluskan sesuatu projek ataupun memberikan keistimewaan kepada pihak-pihak yang telah dijanjikan dahulu.

Najib menggelarkan melayu sebagai GLOKAL kerana mereka menternak rasuah hanyalah didalam negara (domestik / local) manakala beliau sendiri bolehlah digelar GLOBAL kerana ternakannya melibatkan komisen luar negara (kapal selam dan eurokopter).

Tindakan SPRM telah memalukan Umno sehingga terpaksa mereka mengeluarkan kenyataan bahawa ini untuk kepentingan parti agar rasuah dapat dihapuskan. Benarkah begitu? Kerana rasuah telah berakar umbi didalam parti sejak sekian lama lagi (dulu, kini dan selamanya...)

Najib pula mengeluarkan kenyataan bahawa ahli parti yang didapati bersalah terlibat dengan amalan rasuah akan hilang kelayakan untuk bertanding. Jika bearlah begitu, pasti pemilihan umno tidak dapat diadakan kerana majoriti ahlinya telah memang terlibat dengan rasuah termasuklah pimpinan diperingkat pusat.

Hayatilah lirik lagu 'DUIT' nyanyian kumpulan Kembara yang menyebut 'Jangan makan rasuah, nanti bangsa akan musnah'. Memang tepat sekali lirik itu kerana ternyata bangsa melayu telahpun musnah angkara amalan rasuah Umno yang menjadi pemerintah sejak 51 tahun dahulu.

Umno pandai berbelanja, tak pandai membayar

1. Umno gagal membayar sebanyak RM218 juta untuk bekalan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan di dalam pilihan raya ke-11 pada 2004.

Elegant Advisory mengemukakan saman sivil tuntutan bayaran itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.

Namun, kecekapan peguamnya Mohd Hafarizam yang berjaya mengenepikan saman itu atas alasan bahawa Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan.

2. Kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai supaya menuntut tunggakan cukai pintu lima bangunan Umno di Seberang Prai sebanyak RM236,558.24 yang didakwa tertunggak lebih 10 tahun.

Bangunan berkenaan ialah Umno bahagian Permatang Pauh dengan tunggakan RM25,548 sejak tujuh setengah tahun lalu, Umno cawangan Pekan Darat, Kepala Batas berjumlah RM1,582 (tujuh tahun).

Umno cawangan Teluk Air Tawar di Butterworth sebanyak RM228 (10 tahun), Umno Bahagian Bagan sebanyak RM209,135.45 (10 tahun enam bulan) dan Sekretariat Kelab Umno di Permatang Pauh sebanyak RM64 (setahun).

Di atas hanyalah 2 contoh daripada entah berapa banyak lagi kes yang membuktikan betapa Umno hanya pandai berbelanja tetapi liat untuk membayarnya. Andaikata mereka terpaksa membayar, maka wang rakyatlah yang akan menjadi mangsa kerana mereka buta hati untuk membezakan mana wang rakyat dan mana wang parti.

No comments:

Followers