Sunday, January 18, 2009

Malam Solidariti Pas Kawasan Gopeng



IPOH (17/01/2009) : Malam Solidariti untuk Palestin diteruskan Pas Kawasan Gopeng untuk kutipan dana bagi tabung Dana Palestin Perak.

Bertempat di Markas Pas Pengkalan Pegoh, program berjalan secara sederhana dan kehadiran orang ramai tidak seperti yang dijangkakan. Mungkin faktor pilihanraya kecil di Kuala Terengganu (ramai ahli Pas yang kesana) dan juga hebahan program yang tidak sampai ke sasaran (salah satu elemen paling penting dalam setiap program yang dirancang).

Biarpun begitu, acara diteruskan juga dengan bacaan sajak oleh adik Shafiq dan juga penyajak terkenal HMS Abu Bakar.

Pihak JIM (Jemaah Islah Malaysia) mempersembahkan tayangan multimedia dan penerangan tentang Gaza.

Dr Khairuddin Abd Malek yang mewakili Jama'iy Perak melancarkan kutipan dana dan memberikan kata-kata semangat untuk hadirin menghayati kesengsaraan rakyat Palestin.

Penceramah utama iaitu Tuan Haji Azmi Bin Abdul Hamid (Pengerusi Teras dan juga penasihat Jama'iy) membawakan kesedaran kepada semua tentang tanggungjawab umat Islam hari ini iaitu membantu perjuangan rakyat Palestin mempertahankan bumi para nabi dan juga melemahkan kekuatan musuh dengan memboikot barangan keluaran mereka.

Kemuncak acara adalah pembakaran patung George Bush dan Olmert oleh Tuan Haji Azmi dan diikuti dengan balingan kasut kepada gambar-gambar Bush dan Olmert.






No comments:

Followers